She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Friday, December 2, 2011

Kenangan lama

Assalamualaikum wbt   =)

=) Sekarang ni kan cuti.. so, banyak kerja yang harus diselesaikan semasa berada kat rumah ni... Antaranya, kena kemas buku-buku yang banyak sangat nie.. Buku-buku ni semuanya dari zaman foundation hingga la Sem 2 Year 1.. banyak sangat buku.. tempat pulak terhad nak letak.. rak-rak buku sume dah penuh ngan buku aku zaman sekolah menengah dulu... nak buang pun, sayang jugak..lagi pun, aku kan masih ada adik-adik yang masih bersekolah..jadi mungkin diorang still boleh guna buku-buku tersebut... kebanyakan buku aku masih simpan sebab buku-buku tu semuanya beli dengan duit sendiri.. sayang la...hehehe.. nak bagi kat jiran-jiran pun, xde sorang pun yang ambil aliran sains tulen.. susah jugak kan..tp actually adik aku sendiri pun tak ambil sains tulen..tapi takpe la.. letak je la buku-buku tu kat situ..sampai masa nanti, ke dalam kotak jugak tempatnya...

So, al-kisahnya, semasa duk punggah buku-buku tu dan masih dengan habit lama, kalau punggah buku, mesti belek muka surat demi muka surat.. satu per satu..siap baca lagi..haha.. yang macam nie la yang mengimbau kenangan lampau nie..hahaha.. banyak jugak benda yang jumpa dan terasa nak snap gambar tu.. untuk tatapan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang terjumpa blog nie...huahahahaha =D

Antaranya di PLKN :
Kumpulan 3 - T-Team =)


Ini senarai nama yang aku saja-saja tulis masa kat PLKN.. PLKN aku kat Summerset Resort, Rompin Pahang.. tapi sekarang dah tutup.. entah la kenapa..tak selamat kot... so, masa dalam kelas CB 6(Character Building 6), kebetulan kumpulan kecil aku semuanya orang terengganu..10 orang semua sekali..3 lelaki 7 perempuan.. nama-nama mereka seperti dalam kertas(gambar) di atas... so, disebabkan keunikan ini, kami namakan kumpulan kami dengan nama T-Team.. Cewaaahhh.. macam nama pasukan bola sepak T-Team pulak...hehehe..Kami Kumpulan 3.. =)

Nama sendiri di kulit buku PLKN..

Ini pulak nama aku sendiri..hehe.. kawan aku kat PLKN jugak yang tuliskan...nama dia Liya..Johorian.. Dia pun dalam kompeni yang sama dengan aku tapi berbeza dorm..dia P1, aku pulak P2.. Kalau tak silap, masa nie malam KJ..ape KJ nie ek..?? dah tak ingat la..hehehe... then masa sedang berkumpul kat meja panjang bersama kompeni masing-masing untuk bincangkan logo, bendera, lagu, etc. etc.., dia lukiskan nama-nama nie kat kulit buku kawan-kawan dia.. maka kami nie(kami pun kawan dia, cuma tak sama negeri je :]) pun suruh lah dia buatkan sekali sebab cantik..hehe.. dia pandai melukis.. Liya, kalau ada terbaca nie, mesti bangga..huahahaha =D

Ini pula kisah di IPG-KBA (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa) :


You : Housewife,Nurse..
You : Discipline Teacher =)
Ini pulak adalah kertas-kertas yang aku dapat semasa Minggu Kedua Sem 1 Foundation berada kat IPG-KBA.. Ini sebenarnya adalah aktiviti bersama mentor sebagai sesi perkenalan..Masa ni, mentor kelas kami, FP 1.1 ialah Madam Hazian.. Aktiviti ni memerlukan setiap orang untuk menulis profession atau pekerjaan yang sesuai dengan muka/perangai rakan-rakan baru kami.. masa ni kami tak berapa kenal lagi melainkan satu dua nama.. lepas tu, masing-masing akan tampal menggunakan salotape kat belakang target..masa ni, target tak tahu siapa yang tulis.. lepas tu, semua orang akan bacakan kepada kelas apa yang mereka dapat.. masa ni lah kita akan tahu siapa yang tulis kat kita sebab diorang mesti gelak-gelak dan diorang kena jelaskan kenapa pekerjaan itu sesuai untuk target.. 

Untuk orang yang pertama ialah Gayathiri.. Dia ni merupakan housemate aku sejak first semester foundation hingga lah semester 3 foundation.. kemudian, semester 1 degree dah berpecah kerana nama bilik disusun mengikut admin asrama IPG-KBA.. Untuk semester ke 2 pulak, nam disusun mengikut tarikh lahir..Jadi, dalam sebuah rumah, kebanyakannya ialah orang yang tarikh lahir pada bulan yang sama.. Gaya kata aku sesuai jadi Housewife(suri rumah tangga) atau Nurse (jururawat).. Haihhh, muka aku nie nampak muka caring kah??hahaha Then, Aisyah pulak kata aku kena jadi Discipline Teacher sebab muka garang tapi kind-hearted..hehe =) Bagi sesiapa yang belum kenal betol-betol aku ni macam mana orangnya, mereka confirm-confirm akan kata aku nie garang..tapi bagi yang dah kenal, aku nie macam orang lain jugak..baik je... caring lah jugak..garang pun bertempat lah..buat salah memang kena terus la... 

Macam-macam kan masa zaman foundation nie..hehe ;D

Komen +ve dan -ve untuk presentation LDV..
Yang ini ialah cebisan-cebisan kertas yang aku dapat masa presentation LDV.. Tajuk presentation aku ialah "Good versus Evil".. Macam-macam jenis komen yang kau dapat.. semua orang kena tulis komen untuk rakan-rakan yang lain selepas pesentation individu selesai.. aku masih simpan kertas-kertas nie.. =)

"Nama ketam nie... tett tett tettt..kah3x.. Ba-Life!"
masa foundation kot nie.. saje duk conteng-conteng..dia pun  nak conteng jugak.. ketam tu pun dia lah yang lukis..if im not mistaken... "Huahaha" adalah identiti dia ketika ini..hehe.. Ba-Life pulak aku..Kisah Westlife nie...biarlah, malas nak cerita, panjang sangat..hehehe...

Maka, dengan itu, berakhir sudah koleksi barang yang aku jumpa..hehe (ada lagi sebenarnya..huhu)..sekian sahaja...Kita berjumpa di entri seterusnya! =)