She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, July 27, 2013

17 Ramadhan

Assalamualaikum :)
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang mulia ini. Sungguh, ini adalah tanda barakah dari yang Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun kerana Dia masih memberi peluang buat kita semua berusaha memperbaiki kelemahan seterusnya menggandakan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Menyusuri pertengahan Ramadhan sering dikaitkan dengan peristiwa Nuzul Quran pada hari ke-17, iaitu penurunan Al-Quran ke muka bumi. Allah swt memuliakan bulan ini dengan memilih satu malam penuh keberkatan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.

Firman Allah bermaksud,
“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).”
(Al-Baqarah:185)
Berdasarkan ayat di atas jelas membuktikan bahawa Al-Quran buat pertama kalinya diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadhan.

Dicatatkan Al-Quran buat pertama kalinya diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibri A.S. sewaktu baginda menyendiri di Gua Hira’.

Peringkat penurunan Al-Quran

Mukjizat teragung.
Pendapat ulama’ mengatakan ia diturunkan melalui 3 peringkat iaitu :

(i) Dari Allah SWT ke Luh Mahfuz

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan bertujuan membuktikan kekuasaan Allah swt, disandarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz”  
(Al-Buruj:21-22)
(ii) Luh Mahfuz ke Baitul Izzah

Penurunan kali kedua secara sekaligus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (langit dunia) dipercayai berlaku berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)”   
(Ad-Dukhan : 3)
(iii) Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasul sehingga baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
“Al-Quran ini kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia secara perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit-sedikit.”
(Al-Israa’ : 106)
Hikmah diturunkan Al-Quran

Setiap yang berlaku di muka bumi ini pasti punya hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan peristiwa Nuzul Al-Quran, bagi mereka yang benar-benar menghayati dan memahami ibrah kejadiannya pasti menemukan kelebihan yang tidak terhingga. Perubahan besar yang dibawa Nabi Muhammad saw berpandukan Al-Quran telah meliputi segenap aspek kehidupan masyarakat, iaitu:

(a) Aspek keagamaan

Sinar petunjuk Al-Quran telah berjaya merubah kegelapan kehidupan jahiliyyah bangsa Arab yang menyembah patung berhala kepada keimanan terhadap yang Maha Esa serta kepercayaan kepada rukun iman dan rukun Islam.

(b) Aspek kemasyarakatan

Kehidupan jahiliyyah mencatatkan banyak kerosakan dilakukan ke atas muka bumi di mana berlakunya pembunuhan kanak-kanak perempuan, wanita diletakkan pada martabat yang rendah, berlaku penyelewengan yang teruk dalam urusan jual beli dan lain-lain lagi. Segalanya berpunca dengan ketiadaan panduan hidup yang jelas untuk dihayati. Sejarah membuktikan segala kezaliman berjaya dibersihkan dengan turunnya seruan Allah melalui Al-Quran. Al-Quran memberi garis pemisah antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela kepada masyarakat. Masyarakat diajar garis panduan untuk menjaga perhubungan dengan Allah swt, sesama manusia, malah terhadap alam semesta.

(c) Aspek siasah(politik)

Kesatuan ummah berjaya dibentuk dengan turunnya Al-Quran. Sifat suka berpuak-puak dan bermusuhan sering menghantui masyarakat jahiliyyah ketika itu. Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

(d) Aspek ekonomi

Peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan yang adil serta menepati fitrah manusia yang sukakan keadilan..

Jelas disini kita dapat menyaksikan betapa Al-Quran itu adalah mukjizat yang sangat hebat dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad saw untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ajarannya memberikan 1001 cahaya buat jiwa insan yang fitrahnya memerlukan bimbingan dan panduan. Al-Quran juga telah merubah kegelapan kepada cahaya terang buat pedoman manusia seluruh alam.

Itulah dia sejarah dan sedikit info tentang Nuzul Quran, sekarang mari kita selusuri pula kisah dalam Perang Badar yang telah berjaya membuktikan umat Islam mampu dan berjaya menegakkan Islam dikala berpuasa disiang hari.

Peristiwa Perang Badar

Peta pergerakan tentera ketika Perang Badar

Keistimewaan 17 Ramadhan tidak terhad kepada perisitwa Nuzul Quran semata, kerna disebalik tarikh itu terdapat 1 lagi peristiwa besar dalam sejarah umat Islam berlaku iaitu Perang Badar.

Terjadinya perang ini pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah di saat umat Islam buat pertama kalinya diperintahkan berpuasa. Menyelami episod perang Badar memberikan pengajaran yang besar buat insan yang berfikir.

Menyingkap kembali bagaimana Allah swt memuliakan perang ini dengan menamakan ia sebagai Yaum Al Furqan (Hari Pembedaan) kerana pada waktu itu, Allah hendak membedakan antara yang haq dengan yang batil. Di saat itulah Allah mengangkat darjat kebenaran dengan jumlah kekuatan yang sedikit dan merendahkan kebatilan meskipun jumlah kekuatannya 3 kali ganda. Allah menurunkan pertolongan yang besar bagi kaum muslimin dan memenangkan mereka di atas musuh-musuh Islam.

Ibrah Perang Badar

a. Allah swt mahu berlakunya peperangan

Peristiwa disebalik peperangan Badar tercetus apabila Rasulullah saw mendapat berita melalui Jibril a.s tentang rombongan perdagangan Quraisy diketuai Abu Sufyan pulang dari Syam menuju ke Mekah. Lalu baginda mengumumkan pada kaum Muslimin Madinah akan misi merampas barang dagangan mereka. Malangnya berita tersebut diketahui Abu Sufyan lantas meminta pertolongan dari tentera musyrikin Mekah. Tentera Muslimin yang asalnya hanya datang untuk menahan misi dagangan (bukan untuk berperang) akhirnya telah ditentukan Allah untuk bertemu tentera Musyrikin Mekah. Meski bilangan musyrikin adalah 3 kali ganda bilangan tentera muslimin, namun ia kelihatan kecil di mata mereka. Lantas peperangan terjadi sebagaimana dikehendaki Allah swt.

Ibrah : Manusia hanya mampu merancang, namun perancangan Allah mengatasi segala. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

b. Kesetiaan yang tiada tandingan

Berita pertembungan yang akan berlaku dengan tentera musyrikin Mekah yang ramai telah membuatkan baginda saw khuatir adanya segelintir sahabat yang berasa berat hati untuk bersama pasukan. Lantas baginda mengadakan mesyuarat meminta pandangan para sahabat. Puak Muhajirin diwakili Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Umar Al-Khattab r.a memberikan sokongan untuk meneruskan perjuangan. Kemudian wakil pihak Ansar iaitu Saad r.a turut memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap baginda dan perjuangan Islam.

Ibrah : meski bakal berhadapan dengan bahaya yang besar, para sahabat sedikit pun tidak berganjak dari menumpahkan kesetiaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

c. Kegembiraan yang Berganda

Kemenangan tentera Islam ke atas musyrikin Mekah dalam perang Badar menambahkan lagi kegembiraan umat Islam yang menyambut kehadiran Aidilfitri, iaitu hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

d. Memahami kekuatan musuh

Sebelum pertempuran, tentera Islam berjaya menculik tukang masak yang menyediakan makanan untuk tentera musyrikin, dan ditanya jenis dan jumlah ternakan yang disembelih setiap kali menyediakan makanan. Jumlah unta disembelih setiap hari berjumlah 9 atau 10 ekor memberi gambaran jumlah tentera musuh lebih kurang 1000 orang.

e. Bantuan Allah buat pejuang Islam

Di antara bantuan yang diturunkan Allah swt adalah ketenangan kepada tentera muslimin sehingga mereka dapat tidur lena malam sebelum pertempuran. Sewaktu pertempuran tercetus, telah turun bala tentera dari kalangan malaikat meniupkan semangat juang tentera Muslim.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu” 
(47:7)
Ibrah : Sehingga zaman ini, bilangan mereka yang sanggup memperjuangkan agama adalah sedikit jika dibandingkan mereka yang menentang. Namun pertolongan Allah sentiasa bersama orang yang diredhai-Nya. Maka, sentiasalah mohon kekuatan untuk kekal di jalan Allah. Beruntunglah bagi mereka yang tergolong dalam golongan yang sedikit.

Kesimpulan

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, dimana syaitan dirantai dan tidak bisa menggoda anak Adam ke arah kejahatan, apakah amalan dan tindakan kita menjadi lebih baik? Apakah Al-Quran yang mungkin dahulunya jarang-jarang kita buka kini seakan rakan baik yang dibaca setiap hari.

Adakah kita berusaha sedaya upaya mendalami sirah Rasulullah untuk dijadikan iktibar kehidupan, dan melaksanakan sunnahnya sebagai rutin seharian?

Atau segalanya sama sahaja tiada beza waima bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lain?

Sama-sama kita muhasabah diri. Koreksi diri, seperti saranan ilmuwan kini, “korek” and “see” diri masing-masing. Andai segalanya menjadi lebih baik, alhamdulillah. Namun andai segala sama sahaja, malah mungkin lebih teruk maka beristighfarlah mohon keampunan dari Allah. Bimbang-bimbang hati kita telah rosak. Mohonlah pada Allah dibersihkan hati ini selagi ruh tidak sampai ke halkum.

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat, seandainya manusia itu benar-benar mengimani.

Selamat menghayati peristiwa Nuzul al-Quran dan Perang Badar untu renungan bersama.

Wallahua’lam bissowab.

Nota Kaki:

*ibrah = pengajaran
*siasah = politik

pss : Mohon copy dari PMI UPM. Thanks! Bacaan yang sangat berinformasi dan penuh dengan pengajaran. Semoga Allah memberkati Ramadhan kita semua. InsyaAllah.

Tuesday, July 23, 2013

Panda eyes again


Si panda comel ni pulak yang terlebih ceria. huhu
Mohon nak guna tips tu nanti untuk 7 minggu lagi.
Sekian.

Saturday, July 6, 2013

Positive

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, we have gone through our third week for this semester. Overall, it was a hectic week. We don't get our assignments yet, but we had to attend some needs for course pro formas.

For example, I'm going to have a 'big' project for PSK3104 (Pembelajaran Berkhidmat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan), which is likely to be carried out right after this practicum. Most probably on 24th and 25th September 2013. Eventhough it is more or less two months from now, we have to start our paperwork right away. 

Doing a paperwork is not really a big problem since we just have to put on some details about our own project. The main problem is when we have to satisfy everyone's need. Whose needs? Lecturer. Yes, our lecturer. You got it right. Too many rejections on our ideas, yet she couldn't suggest a better one. It is like we keep 'backspacing' our paperwork and then re-typing the same thing all over again. Penat, tahu tak?

Then, when it came for today (Friday), we got another not-so-good news on changing our WAJ assignment. As we are on Semester 6 now, we should have 'Persatuan/Kelab', and Point 1 has decided from our very first week on having Expedition Club (Kelab Kembara). So, we discussed (seriously a very long discussion among us) and came out with idea for going to Langkawi as our class trip (kind of la). Tup tup, cancelled! No trip, no educational outing. Sedih rasa. Hari Kokurikulum. Our new assignment. Terbaik. Daebak! Congrats for those yang berjawatan. Let's work together. Taktau nak cakap apa dah. -.- Allah!

Don't you think this would be the best solution?
Be positive.
Positive.
Positive.
Positive.
Positive.

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan is around the corner

Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah, hari ini pun dah masuk 24 Syaaban 1434 Hijrah. Tak lama dah rupanya nak ke bulan Ramadhan pulak.  Alhamdulillah yang mana perlu diganti dah terganti. Kiranya sekarang ni kena buat warming up pulak as persediaan puasa nanti. So, takdelah tiba-tiba rasa mengejut kan. Biar dapat aura puasa tu dulu.

1 Ramadhan, dijangkakan seminggu dari hari ni (7 hari lagi wehh). Kat IPBA pun dah terasa aura-aura Ramadhan ni. Bila bukak Facebook, Twitter, Blog semua pun dah mula bercakap tentang Ramadhan. Now, Ramadhan is everywhere :)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi bulan puasa nanti since Cohort 1 akan berpraktikum di sekolah pilihan masing-masing. Lebih hebatlah cabaran dia nanti ek. InsyaAllah, pensyarah pembimbing akan dimaklumkan tidak lama lagi. Unit praktikum masih menunggu senarai pensyarah daripada JBI. Semoga dapat pensyarah yang humane sikit eh. Amiin.

اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنّاَ
"Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan, bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kami laksanakannya."

Monday, July 1, 2013

Pernah jugak dulu

Assalamualaikum wbt :)

Tiba-tiba teringat pulak semasa satu ketika dahulu. Baru tahu tentang satu lagu tu. Aku Suka Dia namanya. Ainan Tasneem yang nyanyi. First time kot dengar nama artis ni masa tu. Tapi aku iyakan je sebab fikir balik rumah nanti boleh Google siapa dia. Dah balik tu, siap download. Lepas tu asyik duk replay je lagu ni sampaikan ayah kata, "Oloh lagu, lembik nye lah. Slow sangat. Tak sedap eh lagu gini." Ok, takpelah ayah. Fine. hahahaha

Kebetulan masa ni tengah beraya sakan. Raya tahun lepas eh, 2012 eh? Ye kot.. Yang tiba-tiba nak seronok dengar lagu ni yang tak faham tu. hahahaha. Ok, abaikan.


Lagi prefer lyric video ni compared dengan music video. Macam takleh make sense sikit video dia. hahaha

By the way, itu cerita hampir setahun lepas. Sekarang dah banyak sikit lagu dia. Tapi apa-apa pun, yang ni je yang paling baik. Sebab tu orang kata first je yang akan meletup kan, kan?