She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, June 10, 2012

Home-made Ketupat Dakap

Assalamualaikum wbt :)

Agak-agak orang lain tahu ke tak nie apa ek? Kalau masa duk sembang-sembang dengan family, memanglah kita2 faham. Tapi bila cakap dengan jiran, dia pulak tanya kita ketupat dakap tu apa.. Sebenarnya, ketupat dakap nie adalah sejenis kuih tradisional yang menggunakan pulut dan pisang. Kuih ini dikenali oleh orang2 Pantai Timur biasanya, tapi ada jugak yang tak tahu... Mungkin orang lain ada panggil ketupat dakap nie sebagai ketupat pisang.. Walaupun ketupat, tapi bentuknya tak macam ketupat okay..hahaha.. Pisang ni seeloknya guna pisang yang boleh dimakan terus. Masa nak buat petang tadi, saya guna Pisang Kelak Siam.. *Betul ke ejaan kelak tu? hehe.. Pisang nie saya belah tiga, so takde lah besar sangat nanti.. Lepas tu, guna daun pisang untuk bungkus pulut yang kat dalamnya ada pisang tu.. Tengok gambar je lah.. :)

Ketupat dakap yg dah siap dibungkus. Ada yang gunakan tali pisang dan ada yang gunakan tali rafia.
Ni nak bagi ada bentuk ketupat sikit , nak tutup pisang supaya tak terkeluar.
Tunggu turn nak masuk periuk kukusan je.haha
Inilah rupanya pisang kelak siam tadi..hehe..
Walaupun kulit pisang nie x cantik. tp isi dia memang sedap.
Sambil2 bungkus ketupat dakap, mata tu tengok2 jugak berita. Time nie pukul 5. tengok berita wilayah TV1 tu.
Simpan sikit pulut sebab nak makan dengan santan.
Tapi santan terlebih masin pulak.haha
**Santan lebihan letak dalam pulut~~
Semasa dalam proses mengukus. Tu daun pisang dah bertukar warna dah..
Akhirnya, kita biarkan ketupat dakap tadi dalam kukusan nie untuk tempoh masa 20-25 minit :)

Friday, June 8, 2012

No deep-breath?

Assalamualaikum wbt :)

Today's entry might be a short one. I am having difficulty in breathing now. I have googled some websites about this problem and it seems that I am not the only one who suffers this problem. There are many other people who put on their comments about this. Hopefully, it doesn't happen to me after this. InsyaAllah. 
May Allah ease everything.

Majlis Bacaan Yaasin @Masjid Putra

Cantik ukirannya :)

Kuih Cek Mek Molek

First time buat. Tak kemas sikit. Gula kat dalam pun ada yang terkeluar sebab terbuka.haha

Ayam Goreng Berempah :)

Goreng ayam macam nie memang nampak cepat hangit. So, gunakan api yang perlahan supaya masak dalam tp x hangit kat luar :)
Suka sangat2lah ayam nie.hehe

Ayam Percik :)



Yang ni pakai camera. hehe.Jelas la sikit