She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, October 20, 2012

Lunch orang bujang


Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja dari dapur Blok 8.. haha.. Housemates semua dah  keluar meninggalkan hamba Allah nie keseorangan.. *diorang dah ajak, cuma saya terpaksa declined atas beberapa  personal reasons...

Memandangkan perut pun dah lapar, cari2 makanan kat dapur, terjumpa pulak beras dan satu tin sardin.. Apa lagi, masak je la beras tu biar jadi nasi. Kalau tak, cane nak makan.. Wangi pulak beras Jasmine pink nie..hehe.. Hajatnya, beras ni untuk digunakan masa cuti Hari Raya Haji nanti sebab masa beli beras tu, tak plan pulak nak balik rumah.. Tup tup, last minute, gi beli tiket ngan Izzati..hehe... Jadi, beras tu terdampar je dalam kabinet dapur.. So, baik kita guna sebelum dah takleh pakai.. Esok lusa dah nak cuti semester kan =)

Menu tengah hari 20 Oktober 2012 ialah....
Nasi lada hitam dan sardin....!




Kalau ada timun batang atau ulam-ulaman nie, mesti lagi best! =D

P/S: Jom makan kuew-teow kat kantin Isnin nie! Terasa macam sedap pulak.. Papepun, semalam dah request kat mak, nak makan kuew-teow bila balik Raya Haji nanti...hehehe

Friday, October 19, 2012

Stadium hoki 'kita'


Stadium-stadium haki nie bakal siap Disember 2012 nie.. InsyaAllah kepada adik2 junior yang ambik Gerko Hoki tu, bolehlah nak buat tournament hoki kat sini nanti.. Pilihlah yang mana berkenan, tapi biasanya kita akan dapat yang Stadium Hoki Kpm (kiri).. Stadium Hoki KL masih dalam 'pembangunan'... Tu pun dah ada bau-bau minyak tar warna hitam tu..Lapisan kedua kot.. tak lama lagi siaplah tu..dan bermulalah kebisingan kepada penghuni-penghuni Blok 8..

P/S: Semester depan dah kena pindah Blok 5 :(

Tuesday, October 16, 2012

How tulips are planted

Hi! I just want to share some information on how tulips are planted. According to one of the websites that I found (esaimen pun tak wat cenggini), there are seven stages of a tulip bulb's growth. Refer to the picture below. 
As you know, planting tulips really takes time. That is why Keukenhof (pronounced as [ˈkøːkə(n)ˌɦɔf])) is opened once a year. For this year, Keukenhof will be closed starting from 22th October 2012 until 20th March 2013. I bet it is time to grow new fields of tulips! 

Before that, this is how tulip bulb look like:
So, here are the seven stages to plant tulips. It is time-based planting. hehehe.. (memandai je.huhu)


1. Sept.- Oct.
Planting Time
The tulip bulbs are going to be planted. Most important: plant them twice as deep as the bulb is high. They have no roots at this stage.

2. November 
Making Roots
The roots start growing out of the base. They establish themselves in the dirt and take nourishment out of the dirt, the mother bulbs get ready for winter.

3. Dec. - Jan.
Cooling Period
Now starts the rest period. In order for the bulbs to bloom in the spring, they need weeks of at least 5 c. or 40 f. Frost at this time does not harm the bulbs.

4. Feb. - March
Growing Period
The bulbs begin to change as the starch, or carbohydrates in them turns to sugar. As this occurs, the leaves and flower gradually push up-wards out of the bulb.

5. April - May
Blooming Time
The tulips are in bloom-they receive their nourishment from the roots-only the brown skin of the bulb remains as all of the energy has gone to the bloom.

6. May - June
Regeneration
After the blooming period-the blooms are cut and the leaves are left on the plant. The new daughter-bulbs will be using the food values of the leaves to grow.

7. July - Sept.
Multiplying
Up to five small bulbs can be expected to grow out of the mother bulb. They form their roots slowly, and develop their blooms and leaves within the bulb, for next year's plant.

Watch videos on how tulips are planted:




I am just a teacher-to-be, not a botanist!

Cuci mata sekejap...hehehe






I SHARE BECAUSE I CARE...
ABOUT...
TULIPS!
Hehe
Reference :
1) Official Page Keukenhof
2) Seven Stages of How Tulips are Planted

Thursday, October 11, 2012

Halfest 2012 @PWTC


Finally, terjejak jugak kaki nie ke Halfest untuk tahun 2012 nie.. Halfest tahun ini dibuka pada 10 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012. So, masih berbaki 3 hari bagi sesiapa yang nak pergi. Kalau tahun lepas, Halfest dibuka sekitar tarikh ni jugak.. Kami pergi pada 15 Oktober 2011 masa tu..

Dan lagi satu, tahun lepas dia bagi wristband sebagai pass pelawat, tapi tahun nie dia bagi sticker untuk dilekatkan kat tangan.. Malangnya, sticker tu dah terjatuh masa kat dalam Hall 2..

Bila pergi weekday ni, memanglah orang kurang sesak sikit. Sengaja pergi weekday sebab tak nak sesak.. Boleh nampak la orangnya tak berapa ramai, kalau nak compare dengan tahun lepas, MasyaAllah orangnya bersesak-sesak. Nak jalan pun susah!

Time nak register tu, lupa pulak nak bawak pen yang boleh pakai. Sebab pen yang terbawa dalam bag tu takde ink! Malang sungguh! Habis pusing dua kaunter isi borang semata-mata nak isi registration form tu.. Akhirnya, kami mintak je dengan akak yang bertugas kat laluan masuk ke kaunter pendaftaran. Hehehe..Itu pun dapat yang takde cap..Hahaha.. Pape pun, thanks a lot akak! :D

Isi borang dulu.. 
Mereka yang sedang bertukar hall.. hehe.. di laluan pejalan kaki
Decoration yang berjaya menarik perhatian kami. Rupa-rupanya ada betul-betul kat atas kepala kami!
Penat jalan plus dahaga, singgah kat booth Coolblog. Beli satu sorang. Akmal belanja. Thanks Akmal.. hehe
Okayh, penat pusing. Stop kat centre tu dulu.. Cuci mata tengok ragam orang yang pelbagai jenis.
Kononnya baru lepas habis assignments, so kami menjejakkan kaki ke The Mall pulak. Sebelah PWTC tu je.. Meronda je keje kitorang. Pusing-pusing. Tengok kasut, baju, beg.. Tapi satu pun tak beli pasal tak cukup duit. Al maklum la, dah penghujung semester. Duit tu cukup2 untuk makan je. Hehehe.. Finally, balik makan kat Scud jer.. hahaha =D

Monday, October 8, 2012



Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain pula..
Memang tak salah, tetapi ini akan memberi kesan kepada kehidupan selepas kahwin.
Kenapa?
Salah satunya adalah apabila si suami tidak memuji si isteri kerana telah membuat gubahan bunga yang cantik, mungkin akan terdetik di hati isteri tersebut bahawa 'ex-boyfriend' dia dulu pandai memuji. Tak seperti suaminya sekarang. Akan muncul satu elemen PERBANDINGAN yang dahulu dan yang sekarang. Jangan sampai timbul rasa menyesal pula ya..
Agak-agak boleh faham tak?
Mungkin jika belum pernah bercinta sebelum kahwin, si suami/isteri akan redha dengan pilihannya dan ketentuanNya. :)
Tiada perbandingan yang akan dibuat kerana tiada apa/siapa untuk dibandingi :)
Maka, kenangan cinta akan terpelihara :)

Seterusnya,
Nak SUKA seseorang ni mesti ada sebabnya kan.
JANGAN sesekali suka seseorang kerana DUIT dan RUPAnya..
Tetapi sukalah seseorang kerana AGAMA dan AKHLAKnya..

Next, ustazah kata...
Macam mana nak tahu sikap/sifat dia (orang yang kita suka)?
- Interview rakan-rakan dia, saudara-mara (merisik)
- Pemerhatian kita sendiri
- Perhatikan cara dia bercakap
- Zaman IT ni, stalk FB pun boleh..
- Tengok bagaiman dia layan/bercakap dengan perempuan lain
dan....
- Perhatikan cara dia TAWARKAN CINTAnya kepada ANDA..

Tuesday, October 2, 2012

Derma Darah 2


Suasana di Bilik Kesuri tengah hari tadi :)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menderma darah kali 2 kat IPBA ni.. Nampaknya, sambutan kali ini lebih menggalakkan berbanding sebelum ini. Penuh juga Bilik Kesuri tu tadi, sampai kena beratur tunggu turn.. Hehehe.. Agaknya kalau sempat kat IPBA nie 2 tahun lagi, 4 kali lah eh boleh derma? hehe...