She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Monday, October 8, 2012



Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain pula..
Memang tak salah, tetapi ini akan memberi kesan kepada kehidupan selepas kahwin.
Kenapa?
Salah satunya adalah apabila si suami tidak memuji si isteri kerana telah membuat gubahan bunga yang cantik, mungkin akan terdetik di hati isteri tersebut bahawa 'ex-boyfriend' dia dulu pandai memuji. Tak seperti suaminya sekarang. Akan muncul satu elemen PERBANDINGAN yang dahulu dan yang sekarang. Jangan sampai timbul rasa menyesal pula ya..
Agak-agak boleh faham tak?
Mungkin jika belum pernah bercinta sebelum kahwin, si suami/isteri akan redha dengan pilihannya dan ketentuanNya. :)
Tiada perbandingan yang akan dibuat kerana tiada apa/siapa untuk dibandingi :)
Maka, kenangan cinta akan terpelihara :)

Seterusnya,
Nak SUKA seseorang ni mesti ada sebabnya kan.
JANGAN sesekali suka seseorang kerana DUIT dan RUPAnya..
Tetapi sukalah seseorang kerana AGAMA dan AKHLAKnya..

Next, ustazah kata...
Macam mana nak tahu sikap/sifat dia (orang yang kita suka)?
- Interview rakan-rakan dia, saudara-mara (merisik)
- Pemerhatian kita sendiri
- Perhatikan cara dia bercakap
- Zaman IT ni, stalk FB pun boleh..
- Tengok bagaiman dia layan/bercakap dengan perempuan lain
dan....
- Perhatikan cara dia TAWARKAN CINTAnya kepada ANDA..