She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, February 26, 2011

How much song is related with 'my' life?

''When I see your face

There's not a thing that I would change

Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are...''

A piece of Bruno Mars' lyric , 'Just The Way You Are'..
I don't know why i like this song very much... or is it relates with my life..?
not so related, actually...
but the voice of the singer and his intonation just reminds me to someone..
its like bringing me up to the sky, being happy for myself and making me smile....
however, this is not the only song that makes me 'flying' undirectionally.
it goes the same with Westlife's song titled 'Obvious'..
yes! it is very obvious..

Sunday, February 13, 2011

Nikmat Islam...

   Di antara nikmat kurniaan Allah yang paling besar yang Allah SWT berikan kepada manusia adalah Islam itu sendiri. Nikmat Islam ini merupakan satu anugerah dari Allah kepada orang-orang tertentu yang terpilih sahaja. Jadi kita perlu merasai sungguh bertuah  bahawa  Allah pilih kita di kalangan  ramai manusia  untuk menerima nikmat Islam ini. Kita perlu menghargai nikmat pemberian Allah ini lebih dari kita menghargai pemberian orang kepada kita yang mana kita akan sentiasa menyebut-nyebut dan mensyukuri jasa dan pemberian mereka sehingga kadang-kadang sampai ke tahap memuja-muji dan sanggup berkorban untuk membalas jasa! Sepatutnya lebih-lebih  lagi pengorbanan dan penghargaan kita pada Allah., sumber pemberi segala nikmatNya kepada manusia!!

       Apabila kita mengambil Islam sebagai sistem yang mengatur hidup , kita akan dapati diri kita tidak pernah bersendirian dalam mengharungi hidup ini malah sentiasa diliputi dengan petunjuk dan hidayah Allah SWT. Apabila kita ada masalah, Allah lah tempat pertama kita mengadu dan merintih, memohon pertolongan, taufik dan hidayahNya. Ketenangan jiwa melalui hubungan ini dapat dirasakan, kita mampu semula menghadapi realiti hidup ini dengan yakin dan tabah! Segala kekusutan dapat di rongkai, simpulan dapat di buka dengan penyelesaian dari Allah! Apa yang penting, kita berhajatkan pada penyelesaian Islam.....yang sebenarnya satu-satunya jalan terbaik bagi manusia untuk menyelesaikan segala masalah...............
       Melalui Islam kita dapat bezakan mana halal mana haram, mana baik atau mana buruk, bagaimana kita perlu bercakap sebagai seorang muslim, bagaimana pandangan hidup seorang muslim......pendek kata tiada satupun tertinggal! Hal ini tidak terdapat dalam sistem hidup lain. Jadi, alangkah indahnya cara hidup sebagai seorang Muslim! Kita tidak perlu pening kepala memikirkan, mencari jalan  bagaimana  caranya untuk  mengharungi hidup ini.  Semuanya teratur, sempurna dan syumul! Inilah dia hakikat nikmat yang sebenarnya.  Adakah kita benar-benar merasai Islam ini satu nikmat?  Jika ya, bagaimana kita membuktikannya?
      "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman:16)
     Satu pertanyaan Allah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam surah ini supaya kita benar-benar memikirkan nikmatNya, mensyukurinya, merasainya dalam kalbu kita lantas menginsafi siapa diri kita!   Pertanyaan yang mengugah jiwa kita dimana kita sedikit pun tidak mampu menafi atau mendustakan  segala kurniaan Allah kepada manusia. Hanya hati yang hidup akan merasa tersentuh dengan pertanyaan yang diulang-ulang berpuluh kali ini!
       Sebenarnya Allah pilih kita berada dalam Islam bukanlah secara kebetulan saja, contohnya  kita dilahirkan dalam keluarga Muslim. Allah pilih kita untuk kita terima Islam ini untuk  meyakininya dan menjelmakan dalam praktik hidup kita sehingga terpancar kesempurnaan syahsiah Islam dalam diri kita. Ini satu tuntutan yang kita tidak boleh abaikan! 
      Kesemua nikmat-nikmat Allah yang ada disekeliling kita dan pada diri kita,  kita perlu yakini sungguh-sungguh ia hanya datang dari Allah sahaja. Segalanya milik Allah SWT dan sudah sepatutnya kita pergunakan nikmat-nikmat tersebut untuk mencari keredaan Allah SWT. Jalan menuju Allah hanya satu saja, tapi jalan kufur itu banyak dan bersimpang siur. Perlu kenali kedua-dua jalan ini supaya kita berwaspada dan tidak tersesat kearah jalan kufur. Kadang-kadang jalan kesesatan ini di hiasi indah, sesuai dengan nafsu diri yang menarik hati! Diri kita tidak boleh hilang pertimbangan dan mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalah kita! Masalah kita tidak akan selesai dan tidak pernah akan selesai jika ambil jalan yang salah.........satu tindakan yang salah akan diikuti dengan yang lain yang salah  juga!!
      Kepada Allahlah kita mohon taufik dan hidayahNya dalam apa saja yang kita buat. Kita manusia lemah ini sebenarnya tidak mampu menilai mengikut penilaian  akal kita yang singkat. Hanya dengan rahmat dan kurniaNya jua memampukan kita mendapat pandangan yang luas dalam hidup ini. Jadi sentiasa jagailah hubungan kita dengan Allah supaya Allah menjaga kita!!

    Contoh yang paling dekat dengan saya adalah seorang junior dalam kolej yang sama, seorang lelaki yang berketurunan campur, ibu seorang Chinese manakala ayahnya seorang Indian. Saya kerap kali mengatakan kepada diri saya sendiri,


“Alangkahnya bertuahnya dia itu sekiranya dia adalah orang Islam.”

      Kami(semua batch kami) panggil dia sebagai Chindian. Betul la, Cina + India = Chindian. Bila dah banyak bangsa tu, confirm bahasa yang dia master pun banyak. Kemungkinan yang tinggi adalah Malay, Mandarin, Tamil dan tidak terkecuali English kerana kam bakal guru-guru Malaysia.
Bagi kami yang tidak akan master bahasa tamil dan mandarin, memang susah lah kalau tak belajar. Di situ sahaja, dia dah master dua bahasa tambahan tanpa perlu belajar. Best kan…?? Tapi lagi best sekiranya dia seorang Islam.. Nikmat Islam yang tiada tara… J

Kenapa suka tuding jari?


Assalamualaikum wbt pembuka entry kali ini…

Kali ini, saya terasa seperti ingin berkongsi sesuatu yang sudah lama menjadi tanda Tanya dalam diri saya ini..

Menuding jari.. Ya..itu adalahperkara normal yang manusia selalu lakukan.. Tapi apa yang menyebabkan saya ingin menulis, mencatat dan meluahkan hal ini, adalah kerana perkara itu sentiasa berlaku di depan mata saya. Maka, setiap kali hal itu terjadi, setiap kali itu jugalah saya terfikir…

Hal ini berlaku dalam kolej saya sendiri, di mana seorang hamba Allah ini, suka sangat-sangat mention nama pelajar-pelajar lain, sedangkan nama beliau tak pernah disebut ataupun memberi idea. Kadangkala kami sangat terasa irritate dengan ape yang dia lakukan.

Cuba bayangkan, setiap kelas, setiap kali ada pelantikan jawatankuasa untuk persatuan dan kelab, atau yang sebagainya, kami terus terfikir… “Hmmm, nanti tak pasal-pasal _________ cadang kita2….” Benda ini memang diakui oleh rakan-rakan saya yang lain… Hampir kesemua yang terkena adalah yang tidak setuju/tidak ikhlas dari hati masing-masing.
Kenapa kita perlu menuding jari kea rah orang lain? Sedangkan sepertimana yang kita sentiasa dengar,

“ satu jari tertunjuk ke arah orang lain, tapi empat jari yang dating kepada kita(si penunjuk)”
"Whose fault? "
Don't practice this in our life... =)


Apa kata kita cuba luahkan idea kita dan berhenti daripada terus mention nama orang lain.. bukannya susah perkara itu, cuma ianya dah menjadi tabiat yang semakin ‘dibelai’ setiap hari..

Saya amat berharaplah dan berdoa agar hamba Allah ini akan berubah ke arah yang lebih baih suatu hari nanti… Amiiin… J

Saturday, February 5, 2011

Australia..! My Favourite..!

Sydney






Brisbane : Capital City of Australia


Gold Coast


Perth


Symbol of Australia : Kangaroo




Great Reef Barrier of Australia


A hotel in Gold Coast


One of the activities can be done in Gold Coast


Australia Flag


Australia map


Kangaroo...Jump!Jump!


P/S : can't wait when i could go there.... wait for me....!!!