She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, February 13, 2011

Kenapa suka tuding jari?


Assalamualaikum wbt pembuka entry kali ini…

Kali ini, saya terasa seperti ingin berkongsi sesuatu yang sudah lama menjadi tanda Tanya dalam diri saya ini..

Menuding jari.. Ya..itu adalahperkara normal yang manusia selalu lakukan.. Tapi apa yang menyebabkan saya ingin menulis, mencatat dan meluahkan hal ini, adalah kerana perkara itu sentiasa berlaku di depan mata saya. Maka, setiap kali hal itu terjadi, setiap kali itu jugalah saya terfikir…

Hal ini berlaku dalam kolej saya sendiri, di mana seorang hamba Allah ini, suka sangat-sangat mention nama pelajar-pelajar lain, sedangkan nama beliau tak pernah disebut ataupun memberi idea. Kadangkala kami sangat terasa irritate dengan ape yang dia lakukan.

Cuba bayangkan, setiap kelas, setiap kali ada pelantikan jawatankuasa untuk persatuan dan kelab, atau yang sebagainya, kami terus terfikir… “Hmmm, nanti tak pasal-pasal _________ cadang kita2….” Benda ini memang diakui oleh rakan-rakan saya yang lain… Hampir kesemua yang terkena adalah yang tidak setuju/tidak ikhlas dari hati masing-masing.
Kenapa kita perlu menuding jari kea rah orang lain? Sedangkan sepertimana yang kita sentiasa dengar,

“ satu jari tertunjuk ke arah orang lain, tapi empat jari yang dating kepada kita(si penunjuk)”
"Whose fault? "
Don't practice this in our life... =)


Apa kata kita cuba luahkan idea kita dan berhenti daripada terus mention nama orang lain.. bukannya susah perkara itu, cuma ianya dah menjadi tabiat yang semakin ‘dibelai’ setiap hari..

Saya amat berharaplah dan berdoa agar hamba Allah ini akan berubah ke arah yang lebih baih suatu hari nanti… Amiiin… J