She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Wednesday, November 28, 2012

Great sceneries along the way

Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan untuk balik Terengganu siang hari. Boleh jugak mata ni terbuka, tengok apa yang ada di sekeliling. Kalau naik bas malam, jawabnya tidur 60% la. hehehe. Bila siang ni, ada jugak kawasan yang perlu tidur dan rugi kalau tidur. Paling suka bila dah masuk kawasan perindustrian petroleum kat Kemaman tu. Yang ni mesti kena wide awake. Kalau tak rugi. Malam-malam boleh tengok lampu-lampu bangunan je berkelip-kelip. Kalau siang, seluruh kawasan boleh nampak. Clean and clear! So, bila ada kesempatan, ambik la jugak gambar sekeping dua, isi masa lapang.. ngeh3


Salah satu syarikat besar yang mengusahakan petroleum mentah..

Tangki simpanan kot..










Tuesday, November 27, 2012

Khazanah yang pasti dirindui

Memandangkan semester 4 dah berakhir, maka ku tinggalkan sedikit harta untuk penghuni baru bilik tu sem depan. 

My kesayangan. Tahun depan cari yang baru pulak.
Hook ni adalah benda wajib yang akan ditinggalkan. Merata je benda ni.
Takpe, kita tak kisah pun. Ambiklah. Gunalah. Pakailah. Moga ianya bermanfaat. *cheese* =)
Lagi satu, benda yang selalu nampak, pemandangan. Mentang2 padang hoki dah lawa, start la nak rindu2.. Aiseyy..

Seketika sebelum hujan lebat beserta kilat dan guruh.
Gelap sangat awan time ni. Angin pun kuat je..

Monday, November 26, 2012

So, I'm 21

Alhamdulillah, I’m 21 today, officially at 11.15 am this morning. Forever 21 for this year! Thanks Allah that I’m still alive safe and sound till this second. 21, a great number to turn someone over a new leaf. A number when a person would be able to make his or her own decisions throughout his or her life. A number to start thinking about the future, seriously. May my 21 would make me a great Muslimah. InsyaaAllah... <3>

And one more thing, a zillion thanks to whom who gave warm wishes today either via Facebook, Twitter, texts and phone calls. Really appreciate it! :D
Those tulips just look great!
Let’s live our lives to the fullest as long as Our Creator, Allah SWT bless us :)

p/s: thanks Ayah Teh for the watch! Love it very much! :)

Turf. Ready.


New turf :) Finally, padang hoki ni dah pun bertukar wajah. Sempat lagi snapped sekeping gambar masa hari terakhir before tinggalkan Blok 8 sebab lepas ni mungkin akan beralih ke Blok 5, rumah yang sama masa menetap zaman foundation dulu. Mesti bila duk sana nanti, banyak kenangan dengan senior2 dulu terimbau. Ye lah, rumah sama kan :)

Turf ni dijangkakan siap sepenuhnya Disember nanti. Tapi betul ke turf lama yang warna hijau tu ditukar kepada warna biru sebab warna rasmi yang baru warna biru? Aishh, berbelit2 karang ayat. Syok la sikit nanti pemandangan dari tingkat paling atas ni. Sejuk je rasa. Macam tengok laut je :)

Baibai padang hoki. Moga berjumpa lagi sem depan. hehehe

Sunday, November 25, 2012

Cuti punya kesah

Alhamdulillah, dah dua minggu duk kat rumah cuti kali ni. Sebelum balik cuti hari tu, banyak sangat benda yang duk fikir, nak buat tu, nak buat ni. Ye lah, masa cuti kali panjang sikit compared dengan cuti Sem 3. Lagi pun, cuti semester dengan cuti perayaan totally different! Kalau cuti perayaan a.k.a. cuti umum, time nak balik mesti kena angkut sekali assignments tu. Luggage tu berat dengan buku je. Kesian kat pakcik bas tu nak kena angkatkan luggage yang berat sangat! Kita tarik je beg tu, kan ada tayar. :p

Sepanjang duk rumah ni, sejujur-jujurnya memang tak kerja. I mean kerja kat mana-mana nak cari income. Pengalaman bekerja, zero. *dush* Apatah lagi adik sorang ni exam SPM. Mak pun, bila org cakap nak kerja, tak kata tak boleh, tak kata pula boleh.  Last2, decide tak payah kerja. Masa duk cuci pinggan tu, boleh pulak terfikir, “Haa, nanti boleh la update blog pasal ni, ni, ni...” Balik2 bukak laptop, bersarangkan labah-labah je la blog ni..

      i.        Ma sakit
Since hari tu naik bas pagi (biasanya malam), so petang jugaklah sampai kat rumah. Sampai2 je, mak bagitahu bahawasanya Ma dimasukkan ke hospital lagi. PSebelum ni dah sedia maklum yang Ma  selalu ulang alik ke hospital 3 kali seminggu sebab kena cuci darah. Buat dialysis tu. Baru2 ni Ma pernah kena jangkitan kuman dalam darah ditambah pulak dengan diabetes mellitus. Makin teruk jugak waktu tu sebab dia temporarily lost her memory. Kesian sangat masa tu sebab Abah ngan anak2 dia pun tak ingat. Kita ni apatah lagi kan..

Then, hari kelima kat rumah, Ma dah balik rumah. Tapi dia still lagi sakit teruk. Tenat masa sampai rumah. Bergegas jugak pergi kat rumah Ma. Saudara2 Ma yang dekat pun dah ramai kat rumah tu, anak2 dari KL, Kuantan masih otw lagi. Kelam-kabut time tu. Masa tu kami2 yang dating hanya mampu bacakan Yaasiin beberapa kali untuk Ma, dengan harapan Allah sembuhkan sakit2 Ma.  Mak pun makin kerap gi lawat Ma, gi jenguk, tengok apa perkembangan Ma. Makin sihat ke, kuat sikit, segar sikit.  Alhamdulillah, sekarang Ma dah boleh dikatakan stabil. Keadaan dia lebih baik berbanding hari kelima dulu. Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan  dan akal fikiran. InsyaAllah.

    ii.        Masak, masak, masak (house chores)
Aahh, ini agaknya perkara utama yang wajib buat kalau balik. Tak masak tak sah. Luckily suka masak. Kalau tak, nahas! Dengarlah bebelan mak tentang kaum perempuan yang malas masak, malas masuk dapur, dan malas segala-galanya lah. Hehehe. :p

Sebelum balik hari tu, dah buat list apa yang kena buat and... masak ni pun termasuk jugak dalam list tu. Apa kan daya. Dah memang automatic, jadi robot. Hahaha. Sekarang dah complete half daripada list masak tu... *cheese* J

Since semuanya perempuan (except ayah je..hehe), tok slalu cakap, “senang dah la duk kat dapur, ramai pembantu”. Ye lah, iye-iye je time tok dating, mesti sorang tengah buat air, sorang tengah blend kelapa, sorang tengah potong sayur, sorang masak nasi.. Memang membantu sungguh la kan.. huhuhu. Ayuh masak! :D

   iii.        Wedding Muja
1 Disember 2012 ni bakal berlangsungnya satu lagi perkahwinan  seorang sahabat. Mujahadah namanya J Tapi  sayangnya tak dapat hadiri majlis tu disebabkan beberapa faktor. Salah satu, jarak. Jauh sangat tu. Terengganu nak pi Kedah. Sebelum ni ada dengar sahabat2 baik dia dari Terengganu jugak nak pergi, tapi before balik hari tu, dah bagitahu cancel, tak jadi pergi. Tapi, ramai jugak yang katanya akan pergi since Muja jemput satu batch and dia adalah orang pertama dalam batch kami yang kahwin. Apa2 pun, tahniah daripada saya dan keluarga. Moga rumahtangga yang bakal dibina akan berkekalan dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah J

   iv.        Shopping a.k.a. membeli belah
Tempat yang paling wajib pergi bila balik cuti kat rumah ni, haa tu MydinMall. Tak tahu lah kenapa, tapi mak pun dah sedia maklum pasal ni. Hehehe. :p Tapi takde la kerap sangat perginya. Kalau perlu, pergilah. Nak pergi kerap2 sangat pun, kena ada ongkosnya jugak. Dah la sekarang ni ketidakcukupan duit. Macam mana la nak survive nanti. Buatnya allowance masuk lambat. Ohh tak tak. Mohon sangat2 masuk awal yer..

Kalau kat KL pulak, tempat paling senang nak gi, MidValley la jawapannya. Lepas kelas pun boleh gi. Ada kalanya, pergi tak bertujuan. Pusing2 1 Mid (bagi cukup 10,000 langkah la tu kononnya.hehe), then makan before balik. Kalau tak pun, tempah je makanan kat Scud. Ambik otw balik tu. Conclusionnya, kita memang suka gi jalan2.. hehe

    v.        Hantu laptop & bekalan movies
“Ada laptop pun dah boleh hidup”.
Itu kita. Kalau dihadapkan dengan laptop, insyaAllah masih boleh survive daripada kebosananG. Balik rumah aritu takde pulak nak aim tengok TV je 24 hours.Ada laptop, ada broadband, okay lah tu.hehehe.

Sepeninggalan dari IPBA hari tu, sempat jugak nak sedut movies daripada agensi pembekal movies IPBA. Haha.. berleluasa je agensi2 ni. Hehe. Banyak sangat2 ambik sampaikan sehingga sekarang ni, satu cerita pun tak tengok lagi. Buka saja ada lah. Takde ‘mahmood’ nak tengok movies ni. Kat rumah pun, kalau cerita tu best sangat and orang lain pun duk syok tengok, terasa jugak nak join sekaki.. The moment when I feel like lying alone without doing anything.

Lagi satu, bila ada internet connection, tak payah tengok TV pun takpe. Suka la tu merayau-rayau. Paling penting bukak email, fb ngan twitter. Pastu merayau lah kat NatGeo ke, Travel Feeder ke, Animal Planet ke, map itu map ini.. Mana2 yang nampak ala2 Geography tu, sume tibai.. :p

   vi.        Lesen
Lesen belum berjaya didapatkan. Impian nak ambik akhir sem ni berkubur macam tu je sebab tak cukup duit lagi. Dahulukan mana yang lagi penting. InsyaAllah kena start saving balik sem depan.

  vii.        Praktikum
Yang ni lagi satu. Totally nerve-wracking!  Tak tahulah sama ada kita je yang rasa macam ni atau pun perasaan ni natural bagi orang yang nak buat first time practicum. Bagi senior-senior yang dah habis belajar, dah habis Praktikum Fasa 2, mungkin diorang rasa praktikum ni mudah je.

Macam2 benda dalam kepala ni. Mungkin praktikum tak sama sangat dengan previous SBEs. Kalau SBE, kita belum dapat hak untuk sertai itu, ini. Nanti dah start praktikum, nama kita pun sebaris je dengan cikgu-cikgu yang lain. Dan mungkin lagi banyak timbunan kerja. InsyaAllah ini sebagai permulaan sebenar dalam profesion perguruan. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Akhir Oktober hari tu, kakak pun dah kepas praktikum dia untuk 3 bulan kat SMK Jabi. She performed well, I think. She got great lecturers to do the evaluation and yet, she was doing well. Congrats!

Sebelum tu, nah terimalah satu video dari Lee Seung Gi yang saya kira best sangat2. Lagu baru, baru je release 22 Nov hari tu  :)



P/S: Enough for today. Lepas ni boleh la cuci pinggan mangkuk dengan riang gumbiranya.
P/S/S: Dengar crita result exam keluar first week December ni. Kiranya dah boleh tengok lah nie eh?
P/S/S/S: Jom makan keropok goreng!

Monday, November 19, 2012

Congrats 5A SKTAI!


Hari ini, keputusan UPSR 2012 telah diumumkan. Confirm berdebar adik2 yang nak ambil result kat sekolah masing2 tu.. Adik kita baru Tahun 4 dan bakal melangkah ke Tahun 5. Belum berUPSR pun lagi... Tadi juga, ternampak kat wall FB salah seorang murid SKTAI yang pernah 'diajar' semasa School Based-Experience (SBE) Fasa 1. Masa tu diorang semua Tahun 5 lagi.. ni dah habis UPSR dah pun.. 

Anyway, sekalung tahniah buat mereka yang berjaya menggenggam 5A dalam UPSR kali ini.. Seramai 24 orang murid SKTAI telah berjaya mengharumkan nama sekolah mereka. In syaa Allah, harapan SKTAI untuk menjadi salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) boleh menjadi kenyataan nanti..