She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, November 25, 2012

Cuti punya kesah

Alhamdulillah, dah dua minggu duk kat rumah cuti kali ni. Sebelum balik cuti hari tu, banyak sangat benda yang duk fikir, nak buat tu, nak buat ni. Ye lah, masa cuti kali panjang sikit compared dengan cuti Sem 3. Lagi pun, cuti semester dengan cuti perayaan totally different! Kalau cuti perayaan a.k.a. cuti umum, time nak balik mesti kena angkut sekali assignments tu. Luggage tu berat dengan buku je. Kesian kat pakcik bas tu nak kena angkatkan luggage yang berat sangat! Kita tarik je beg tu, kan ada tayar. :p

Sepanjang duk rumah ni, sejujur-jujurnya memang tak kerja. I mean kerja kat mana-mana nak cari income. Pengalaman bekerja, zero. *dush* Apatah lagi adik sorang ni exam SPM. Mak pun, bila org cakap nak kerja, tak kata tak boleh, tak kata pula boleh.  Last2, decide tak payah kerja. Masa duk cuci pinggan tu, boleh pulak terfikir, “Haa, nanti boleh la update blog pasal ni, ni, ni...” Balik2 bukak laptop, bersarangkan labah-labah je la blog ni..

      i.        Ma sakit
Since hari tu naik bas pagi (biasanya malam), so petang jugaklah sampai kat rumah. Sampai2 je, mak bagitahu bahawasanya Ma dimasukkan ke hospital lagi. PSebelum ni dah sedia maklum yang Ma  selalu ulang alik ke hospital 3 kali seminggu sebab kena cuci darah. Buat dialysis tu. Baru2 ni Ma pernah kena jangkitan kuman dalam darah ditambah pulak dengan diabetes mellitus. Makin teruk jugak waktu tu sebab dia temporarily lost her memory. Kesian sangat masa tu sebab Abah ngan anak2 dia pun tak ingat. Kita ni apatah lagi kan..

Then, hari kelima kat rumah, Ma dah balik rumah. Tapi dia still lagi sakit teruk. Tenat masa sampai rumah. Bergegas jugak pergi kat rumah Ma. Saudara2 Ma yang dekat pun dah ramai kat rumah tu, anak2 dari KL, Kuantan masih otw lagi. Kelam-kabut time tu. Masa tu kami2 yang dating hanya mampu bacakan Yaasiin beberapa kali untuk Ma, dengan harapan Allah sembuhkan sakit2 Ma.  Mak pun makin kerap gi lawat Ma, gi jenguk, tengok apa perkembangan Ma. Makin sihat ke, kuat sikit, segar sikit.  Alhamdulillah, sekarang Ma dah boleh dikatakan stabil. Keadaan dia lebih baik berbanding hari kelima dulu. Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan  dan akal fikiran. InsyaAllah.

    ii.        Masak, masak, masak (house chores)
Aahh, ini agaknya perkara utama yang wajib buat kalau balik. Tak masak tak sah. Luckily suka masak. Kalau tak, nahas! Dengarlah bebelan mak tentang kaum perempuan yang malas masak, malas masuk dapur, dan malas segala-galanya lah. Hehehe. :p

Sebelum balik hari tu, dah buat list apa yang kena buat and... masak ni pun termasuk jugak dalam list tu. Apa kan daya. Dah memang automatic, jadi robot. Hahaha. Sekarang dah complete half daripada list masak tu... *cheese* J

Since semuanya perempuan (except ayah je..hehe), tok slalu cakap, “senang dah la duk kat dapur, ramai pembantu”. Ye lah, iye-iye je time tok dating, mesti sorang tengah buat air, sorang tengah blend kelapa, sorang tengah potong sayur, sorang masak nasi.. Memang membantu sungguh la kan.. huhuhu. Ayuh masak! :D

   iii.        Wedding Muja
1 Disember 2012 ni bakal berlangsungnya satu lagi perkahwinan  seorang sahabat. Mujahadah namanya J Tapi  sayangnya tak dapat hadiri majlis tu disebabkan beberapa faktor. Salah satu, jarak. Jauh sangat tu. Terengganu nak pi Kedah. Sebelum ni ada dengar sahabat2 baik dia dari Terengganu jugak nak pergi, tapi before balik hari tu, dah bagitahu cancel, tak jadi pergi. Tapi, ramai jugak yang katanya akan pergi since Muja jemput satu batch and dia adalah orang pertama dalam batch kami yang kahwin. Apa2 pun, tahniah daripada saya dan keluarga. Moga rumahtangga yang bakal dibina akan berkekalan dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah J

   iv.        Shopping a.k.a. membeli belah
Tempat yang paling wajib pergi bila balik cuti kat rumah ni, haa tu MydinMall. Tak tahu lah kenapa, tapi mak pun dah sedia maklum pasal ni. Hehehe. :p Tapi takde la kerap sangat perginya. Kalau perlu, pergilah. Nak pergi kerap2 sangat pun, kena ada ongkosnya jugak. Dah la sekarang ni ketidakcukupan duit. Macam mana la nak survive nanti. Buatnya allowance masuk lambat. Ohh tak tak. Mohon sangat2 masuk awal yer..

Kalau kat KL pulak, tempat paling senang nak gi, MidValley la jawapannya. Lepas kelas pun boleh gi. Ada kalanya, pergi tak bertujuan. Pusing2 1 Mid (bagi cukup 10,000 langkah la tu kononnya.hehe), then makan before balik. Kalau tak pun, tempah je makanan kat Scud. Ambik otw balik tu. Conclusionnya, kita memang suka gi jalan2.. hehe

    v.        Hantu laptop & bekalan movies
“Ada laptop pun dah boleh hidup”.
Itu kita. Kalau dihadapkan dengan laptop, insyaAllah masih boleh survive daripada kebosananG. Balik rumah aritu takde pulak nak aim tengok TV je 24 hours.Ada laptop, ada broadband, okay lah tu.hehehe.

Sepeninggalan dari IPBA hari tu, sempat jugak nak sedut movies daripada agensi pembekal movies IPBA. Haha.. berleluasa je agensi2 ni. Hehe. Banyak sangat2 ambik sampaikan sehingga sekarang ni, satu cerita pun tak tengok lagi. Buka saja ada lah. Takde ‘mahmood’ nak tengok movies ni. Kat rumah pun, kalau cerita tu best sangat and orang lain pun duk syok tengok, terasa jugak nak join sekaki.. The moment when I feel like lying alone without doing anything.

Lagi satu, bila ada internet connection, tak payah tengok TV pun takpe. Suka la tu merayau-rayau. Paling penting bukak email, fb ngan twitter. Pastu merayau lah kat NatGeo ke, Travel Feeder ke, Animal Planet ke, map itu map ini.. Mana2 yang nampak ala2 Geography tu, sume tibai.. :p

   vi.        Lesen
Lesen belum berjaya didapatkan. Impian nak ambik akhir sem ni berkubur macam tu je sebab tak cukup duit lagi. Dahulukan mana yang lagi penting. InsyaAllah kena start saving balik sem depan.

  vii.        Praktikum
Yang ni lagi satu. Totally nerve-wracking!  Tak tahulah sama ada kita je yang rasa macam ni atau pun perasaan ni natural bagi orang yang nak buat first time practicum. Bagi senior-senior yang dah habis belajar, dah habis Praktikum Fasa 2, mungkin diorang rasa praktikum ni mudah je.

Macam2 benda dalam kepala ni. Mungkin praktikum tak sama sangat dengan previous SBEs. Kalau SBE, kita belum dapat hak untuk sertai itu, ini. Nanti dah start praktikum, nama kita pun sebaris je dengan cikgu-cikgu yang lain. Dan mungkin lagi banyak timbunan kerja. InsyaAllah ini sebagai permulaan sebenar dalam profesion perguruan. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.

Akhir Oktober hari tu, kakak pun dah kepas praktikum dia untuk 3 bulan kat SMK Jabi. She performed well, I think. She got great lecturers to do the evaluation and yet, she was doing well. Congrats!

Sebelum tu, nah terimalah satu video dari Lee Seung Gi yang saya kira best sangat2. Lagu baru, baru je release 22 Nov hari tu  :)



P/S: Enough for today. Lepas ni boleh la cuci pinggan mangkuk dengan riang gumbiranya.
P/S/S: Dengar crita result exam keluar first week December ni. Kiranya dah boleh tengok lah nie eh?
P/S/S/S: Jom makan keropok goreng!