She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Thursday, October 11, 2012

Halfest 2012 @PWTC


Finally, terjejak jugak kaki nie ke Halfest untuk tahun 2012 nie.. Halfest tahun ini dibuka pada 10 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012. So, masih berbaki 3 hari bagi sesiapa yang nak pergi. Kalau tahun lepas, Halfest dibuka sekitar tarikh ni jugak.. Kami pergi pada 15 Oktober 2011 masa tu..

Dan lagi satu, tahun lepas dia bagi wristband sebagai pass pelawat, tapi tahun nie dia bagi sticker untuk dilekatkan kat tangan.. Malangnya, sticker tu dah terjatuh masa kat dalam Hall 2..

Bila pergi weekday ni, memanglah orang kurang sesak sikit. Sengaja pergi weekday sebab tak nak sesak.. Boleh nampak la orangnya tak berapa ramai, kalau nak compare dengan tahun lepas, MasyaAllah orangnya bersesak-sesak. Nak jalan pun susah!

Time nak register tu, lupa pulak nak bawak pen yang boleh pakai. Sebab pen yang terbawa dalam bag tu takde ink! Malang sungguh! Habis pusing dua kaunter isi borang semata-mata nak isi registration form tu.. Akhirnya, kami mintak je dengan akak yang bertugas kat laluan masuk ke kaunter pendaftaran. Hehehe..Itu pun dapat yang takde cap..Hahaha.. Pape pun, thanks a lot akak! :D

Isi borang dulu.. 
Mereka yang sedang bertukar hall.. hehe.. di laluan pejalan kaki
Decoration yang berjaya menarik perhatian kami. Rupa-rupanya ada betul-betul kat atas kepala kami!
Penat jalan plus dahaga, singgah kat booth Coolblog. Beli satu sorang. Akmal belanja. Thanks Akmal.. hehe
Okayh, penat pusing. Stop kat centre tu dulu.. Cuci mata tengok ragam orang yang pelbagai jenis.
Kononnya baru lepas habis assignments, so kami menjejakkan kaki ke The Mall pulak. Sebelah PWTC tu je.. Meronda je keje kitorang. Pusing-pusing. Tengok kasut, baju, beg.. Tapi satu pun tak beli pasal tak cukup duit. Al maklum la, dah penghujung semester. Duit tu cukup2 untuk makan je. Hehehe.. Finally, balik makan kat Scud jer.. hahaha =D