She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Wednesday, December 21, 2011

Happy Birthday, Shahirah!

Assalamualaikum wbt =)

Hari ini bertarikh 21 Disember 2011 merupakan ulangtahun kelahiran adikku, Nor Shahirah, bagi yang ke-15. Dilahirkan pada akhir tahun 1995, dia merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Yang uniknya, adik-beradikku semuanya terdiri daripada kaum Hawa =) *untungla ibu nanti dapat semua menantu lelaki kan..hehe*


P/S : Tiup lilin cepat-cepat! Nanti cair pulak, makan wax jadinya.hehe

Ucapan istimewa untuk adik tersayang:

1) Semoga Allah panjangkan usia agar dapat menambahkan amalan-amalan yang diredhai Allah SWT
2) Semoga Allah memberkati segala rezeki yang diraih dan moga dengan itu, Allah memurahkan rezeki di dunia dan akhirat. InsyaAllah =)
3) Semoga dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat.
4) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
5) Jangan tinggal solat kerana solat itu tiang agama. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada sebarang perbuatan mungkar.
6) Taat kepada ibu dan ayah. Sayangi mereka sepertimana mereka telah menyayangi kita semenjak kecil lagi.

InsyaAllah, Shahirah mampu menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba yang beramal soleh dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Amiinn. =)