She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, December 11, 2011

FAQ tentang Gerhana Bulan

Q: Boleh tengok dengan mata ke?
A: Ye, memang boleh. Tak perlu guna sebarang alat untuk tengok gerhana.

Q: Kawasan mana di langit nak tengok gerhana ni?
A: Cari kat Bulan. :-)

Q: Kawasan saya kat Kampung Sg Kembong Hilir nampak tak gerhana ni?
A: Boleh... SATU Malaysia boleh nampak gerhana.

Q: Tapi masa gerhana tu, saya tengah melancong di Mongolia, boleh nampak juga ke?
A: Cuba rujuk peta dunia di artikel tu, ada tandaan yang menunjukkan kawasan mana dunia yang boleh nampak gerhana.

Q: Pukul berapa ia mula ye?
A: Sila rujuk artikel di atas, semua dah tertera. Kesian kat saya tulis penat-penat tapi tak de orang nak baca :-P

Q: Tapi malas la nak membaca!
A: Membaca Amalan Mulia :-) Kena usaha cari ilmu baru berkat

Q: Nak ambik gambar guna apa ye?
A: Guna kamera la ... :-)



Q: Kamera phone boleh?
A: Boleh, tapi lebih baik ambik imej yang ada pada teleskop, lebih besar dan lebih terang.

Q: Tapi imej dalam kamera phone saya tu tak terang la! Camne ye?
A: Beli handphone baru

Q: Kalau hujan boleh nampak tak gerhana?
A: Confirm tak boleh... pasal hujan! 

Q: Tapi tempat saya tak hujan, tapi awan banyak.. boleh nampak ke?
A: Selagi awan tu tak lindung Bulan, selagi tu boleh nampak

Q: Tapi hujan la, tak nampak!
A: Kalau hujan, tak pe.. layan EPL je..

Q: Alaaa....saya tak ada teleskop la, nak tengok macamana?
A: Seperti sedia maklum, tak perlu teleskop untuk tengok gerhana.
Q: Saya ada cermin mata gerhana matahari, boleh nampak ke gerhana bulan kalau pakai tu?
A: Dah namanya cermin mata gerhana MATAHARI... so memang tak boleh nak gunalah untuk gerhana BULAN. Simpan untuk Transit Venus tahun 2012 nanti...

Q: Kenapa Bulan jadi warna merah masa gerhana tu?
A: Sila rujuk artikel di atas, segalanya telah diterangkan

Q: Kat mana aktiviti cerapan gerhana untuk awam?
A: Boleh rujuk Page Malaysia Lunar Eclipse, sana ramai yang pos status aktiviti masing-masing.