She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Thursday, December 22, 2011

Sadis tengok result T_T

Assalamualaikum wbt =) 
*tetap senyum :)*


Hari ni 22 Disember 2011 merupakan hari keluarnya keputusan PMR 2011 bagi calon-calon yang berumur 15 tahun ni. Kalau korang masih ingat dulu-dulu masa korang nak ambik result pada keesokan harinya, apa perasaan korang waktu tu? Cemas ke? Relax? Tak rasa pape or berserah je la..mende yang dah lepas..nak exam semula pun tak boleh kan..hmm..

Alkisahnya, adik aku ni, yang baru je sambut birthday dia semalam, nak ambik jugak result dia hari ini. Kalau sebelum ni, aku pernah jugak main-main tanya dia bila result exam nak keluar? ye la, aku ni walaupun duk dalam dunia pendidikan tapi kalau yang masih belum berkaitan, aku tak ambik pusing jugak. hehe. terutamanya pabila benda tu dah lepas untuk aku.  Adik aku ni pun tak tahu bila result nak keluar. Masa aku tanya dia, jarak hari dua hari je lagi sebelum result sebenar keluar. Geleng kepala je lah kan..hurmm.. Macam tak ambik port pulak.

Bila dia balik dari sekolah (ayah yang hantarkan ke sekolah), aku tengah nak masak kat dapur. tengah basuh pinggan, goreng ikan, masak tu, masak ni, serba serbilah kan, mak pun datang, baca result kuat-kuat sambil duk bilang gred yang adik dapat. mula-mula mak bilang, "1,2,3,4..haa, empat dapat.. 4A 2B 2C".. Aku pun terus senyum je. maknanya nampak jugak la harapan untuk duk kelas depan-depan nanti. so, bila excited ni, pinggan pun tinggalkan dulu, nak tengok result punya pasal.. bila pegang kertas, "Eh?? Apsal lak ni??"

Korang paham-paham la sendiri. Keputusan dia agak tidak memuaskan. Tapi bila mak tanya, dia kata puas hati dah. Huihh, memang takleh blah langsung! *mood, nak marah ni!*

Aku bukan apa, nak pesan satu je. Kalau nak dapatkan kejayaan, kita mestilah berusaha. Kejayaan takkan datang bergolek dan mencurah-curah macam air tu. Kena ada daya/ force, barulah dapat hasilnya kan. Kalau buku pun tak bukak, usaha pun takde langsung, nampak gayanya ibarat punguk rindukan bulan la jawabnya. meaning, benda yang memang mustahil nak dapat.

Itu sahaja bebelan aku kali ni. Kalau nak tulis bebelan betul-betul, kat dalam hati je. Tak mampu nak tulis.Panjang sangat. Ok la.pen off.