She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, December 31, 2011

Majlis Bacaan Yasin di kampung

Assalamualaikum wbt =)

Hari ini iaitu 30 Disember 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, aku dah pergi ke satu majlis bacaan Yaasin kat rumah saudara jugak la walaupun bau-bau bacang je. Walaupun dia kat kampung lain, Kg Bukit Kandis dan aku pulak Kg Bukit Tok Ris, sebenarnya tak jauh pun. Kalau jalan kaki pun boleh. Tapi tadi aku pergi dengan emak dan bonceng motorsikal. Sebenarnya nak pergi ramai-ramai dengan jiran-jiran semua, tapi mereka tak jadi pergi pulak. So, tinggal aku dengan emak je. Jadi terus wat keputusan nak pergi dengan motorsikal. 5 minit pun boleh sampai. 

Anak tuan rumah tu ada jugak yang sebaya dengan aku, zaman sekolah rendah dulu. Tapi bila dah naik sekolah menengah, dah berpisah, pergi sekolah lain-lain. Jumpa-jumpa pun kat Matrik Pahang masa tengah tunggu nak masuk dewan kuliah. So, tadi saja la pergi kan. Majlis macam-macam ni ea kena jugak lazimkan diri nak pergi. Kalau tak, tak tahu culture hidup berkampung nie. 

Untuk majlis tadi, aku pergi pukul 2.37 petang. Sekejap je terus sampai. Masa tengah on the way, hujan pulak turun renyai-renyai. Habis la cermin mata dah kabur dek kerana air hujan tu. Tapi mujur la kan, dekat je. Alhamdulillah masa sampai, orang tak ramai sangat. Kebetulan masih tinggal 2,3 orang lelaki yang datang lepas solat Jumaat. Untuk orang lelaki, dia buat sembahyang hajat. Tak ramai jugak yang dijemput sebab ayah aku pun tak dapat jemputan tu. Terjumpa dengan Ustaz Mat yang mengajar mak mengaji kat balairaya. Oh, macam tu rupanya Ustaz Mat nie.hehe. tapi macam segan la pulak tadi kan. 

Bila masuk rumah je, aku dengan mak terus tuju ke corner-corner yang masih kosong. Aimnya, mak kate senang nak bentang kaki kalau dah lenguh nanti. Tapi hadirin yang datang melebihi anggaran. Padat jugak runah tu. Berhimpit sikit la. Kabanyakannya aku tak kenal sangat makcik-makcik ni sebab mereka ni dari kampung lain dan aku pulak kampung lain kan. Aku bermanis muka je la, senyum je kalau mereka tengok.Hehe. Dan menjadi lumrah alam la kalau dah jumpa anak dengan mak, mesti orang tanya, ni anak ke? yang sulung ke? tengah belajar ke dah kerja? berapa tahun lagi nak habis? Tu dah normal. Mujur aku sorang ke time tu, jadi tak payah bagitahu pasal kakak. Kalau kakak ada, mesti kena bagitahu sorang demi sorang. Jadi kena ulang benda sama je walaupun jumpa orang lain-lain.

Majlis ni ambik masa lebih kurang setengah jam jugak la nak boleh ke start. Tunggu semua orang datang dulu, pastu ustazah yang lead bacaan Yaasin pulak. Mula-mula, kena berzanji. Tapi ni cuma beberapa orang je yang sertai. Mak kata, diorang ni yang dah ditrain. Dah ambik kursus untuk berzanji. Bahagian berzanji dan berselawat diuruskan oleh Mek Lah dan bahagian bacaan Yaasin pulak Ustazah Zainab.  Bila dah start baca, pukul 3. 45 petang dah selesai dah. tunggu baca doa semua tu, pukul 4 la katakan habis.

Biasanya, kalau buat bacaan yaasin, tuan rumah akan sediakan makan-makan. Tapi makanan tu biasanya yang betul-betul mengenyangkan macam nasi minyak atau laksa. Amat-amat jarang atau memang tak ada langsung orang yang buat mee goreng. So, bayangkanlah. Kalau panggil hadirin 100 orang perempuan dan 50 lelaki, berapa agaknya belanja tu? Kalau tak ada 1000++, susah jugak nak buat majlis ni. Kalau nak banding dengan majlis bacaan yaasin atau solat hajat kat Panarik, Thailand, mak kata biasanya dia akan panggil sikit je orang. 5-20 sahaja. Tak adanya macam beratus-ratus ni. So, kalau dah ada duit 200 baht pun dah cukup. Beli je nasi dari kedai untuk makan-makan. Tak perlu berbelanja beribu-ribu nie macam kat Malaysia. Bila dah adat macam ni, susah biasanya nak diubah. Jadi, dah nampak kena simpan duit betul-betul banyak semata-mata nak buat majlis yang hanya 1-2 jam je berlangsung. Bukannya tak ada significant buat majlis, tapi penggunaan duit tu yang tak rasional. Kiranya pada zaman sekarang ni, kalau nak buat majlis bermakna kena ada duit. Bagi sesiapa yang nak buat majlis tapi tak ada duit, maknanya kena simpan dulu duit banyak-banyak. Disebabkan inilah ramai yang tak dapat buat majlis macam ni. Semuanya gara-gara tak ada duit.

Selain daripada majlis bacaan Yaasin, tahlil lagi satu. Biasanya tahlil akan buat 3,5,atau 7 malam berturut-turut. Orang yang dipanggil biasanya menjangkau 100 orang atau lebih. Kalau tiap-tiap malam buat nasi minyak atau laksa atau paling kurang mee goreng, berapa agaknya kena keuarkan duit? Beribu jugak kan? Kalau tak ada $$$$$$, haihh terpaksa cari la. Kan semua tahu majlis tahlil ni dibuat biasanya lepas seseorang meninggal. Berdasarkan artikel atau pengetahuan aku, tak sepatutnya keluarga yang bersedih menyediakan makanan untuk orang yang datang ke tahlil. Ini diibaratkan seperti menyusahkan mereka.Dahla mereka tengah sedih-sedih, pastu kena fikir pulak mana nak cari duit. Kan dah membebankan keluarga tu? Atau lebih elok la kalau jiran yang sponsor sikit-sikit. Ringankan beban. Walaupun keluarga tu miskin, tapi orang tak akan pernah tanya dari mana datangnya duit nak buat majlis. Yang orang tahu, datang majlis, baca tahlil, makan dan terus balik. Kesian sebenarnya bagi mereka yang nak buat makan-makan ni. Tapi kan, adat dah susah nak ubah. Tak tahu la bagaimana pulak kalau nak buat tahlil 20 tahun akan datang. Makin beribu kah? atau macam mana? Kita semua tak tahu.

Wallahua'lam. =)