She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Wednesday, June 22, 2011

Chop Tempat, Tak Tahu Hak Orang Lain??

aSSaLaMuaLaiKuM wBt  =)

"Kamu sedang bergegas ke dewan kuliah.. Apabila sampai, kamu cuba mencari tempat2 duduk yang kosong. Namun, apabila kamu baru sahaja hendak melabuhkan punggung, orang di sebelah pun menegur, "Tempat ni ada orang. Sekejap lagi kawan saya (nama) sampai." Tanpa banyak songeh, kamu pun beralihlah ke tempat2 kosong yang lain dan mendapat respons yang sama daripada orang sebelah. Pernah tak anda semua mengalami peristiwa sebegini? Apa perasaan anda apabila kes2 sebegini berlaku? Saya sangat pasti 1001 % daripada anda pernah mengalaminya sama ada ketika di bangku sekolah mahupun di universiti sendiri. Saya sendiri juga mengakui bahawa saya juga pernah mengalami kes sebegini beberapa jam yang lepas. Terus mengambil peluang untuk 'merekodkan' perasaan di ruangan entri ini.. hehehe :p

Ketika ini terjadi, sudah tentu kita akan cuba mengawal perasaan kita, kan? jangan pula terus melenting kat situ walaupun perkara itu salah. Cuba bertindak cool sahaja jika anda rasa anda adalah orang yang penyabar, baik, berbudiman dan berbudi pekerti. Untuk lelaki bolehlah nak dikatakan untuk menjaga macho, dan bagi perempuan pula, hendak menjaga status sebagai wanita melayu terakhir yg penuh dengan sikap berbudi bahasa. Tapi pernah juga bagi orang yang tidak boleh berkompromi dengan orang lain, dia akan cuba untuk mempertahankan hak dia, YES! This is my right and I should get it!

Persoalannya di sini, perlukah kita chop mengechop tempat/kerusi untuk rakan2 yang belum datang lagi? Bukankah hal sebegini nampak tersangatlah tidak adil bagi orang yang datang awal, tapi tidak berpeluang untuk mendapatkan tempat duduk di barisan hadapan, malah tidak ada satu pun tempat yang kosong dan masih belum berpunya! Haihh.. rasanya kat luaran sahaja yang nampak cool, jaga status, tapi kat dalam hati tu, macam2 yang disemburkan kepada orang yang terlibat. Bagi saya, kes2 sebegini memangnampak tidak adil bagi yang datang awal kerana dia tidak berjaya untuk mendapatkan haknya. Dan bagi si pengechop pula, comfirm ada yang akan rasa serba-salah bila ada orang lain yang nak duduk kat tempat tu. Ye lah, bukannya ada tertulis/terukir/terchop dengan cop mohor kat atas kerusi or meja tu.. Kena pula kalau tempat duduk adalah sangat terhad macam yang saya alami tadi.. Hmm, buat tak tahu je lah kena pergi tanya tempat duduk yang kosong one by one.. kalau tak, takkan nak duduk atas lantai pulak kan?



Kalaulah dewan kuliah itu sebesar alam, bolehlah dia nak chop ke, ape ke.. nie tak, dah tahu ruang sempit, nak jugak dia tanda2 tempat nie. Saya pun tak pasti sama ada ini adalah budaya rakyat Malaysia sahaja ataupun ada rakyat2 negara lain yang mengamalkan amalan macam ni. Sangat memalukan jika ada rakyat Malaysia yang buat macam ni apabila berada di luar negara.. Hmm.. sedih rasanya.. Kalau kat Malaysia nie, bermacam2 benda yang digunakan sebagai tanda bahawa sesuatu tempat telah dichop/ mempunyai orang walhal tempatnya kosong ketika itu. Kalau ketika zaman saya bersekolah dahulu, setiap kali pergi ke kantin pada waktu rehat, sudah tentu tempat yang selalu kami duduk akan dichop oleh rakan2 kelas lain yang keluar daripada kelas lebih awal daripada kami. Yang terasa nak tergelak tu apabila mereka semua tu mengechop kerusi/meja dengan menggunakan skirter meja.. alaa.. short curtain yang biasanya orang letak sekali dengan alas meja tuu.. habislah mereka angkat curtain tu dan tutup sebahagian kerusi dengan kain tu.. kadang kala, kami pun tertanya2 sama ada tempat ni dah ada yang mengechop ataupun kain tu ditiup angin? hahaha.. macam2 boleh berlaku zaman dahulu kala.. tapi bukan dulu2 je tau, zaman dah besar panjang ni pun masih lagi berlaku kes2 macam ni..

So, moral of the story, tolonglah ingat jugak hak orang lain. Jangan asyik fikirkan kepentingan diri sendiri ataupun rakan2 group anda sahaja. Fikirkan orang lain juga okay? =)