She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, June 4, 2011

Motivasi Sikit

Assalamualaikum wbt =)


Kali nie, nak cakap pasal motivasi pulak sikit... Apa pendapat korang semua tentang M.O.T.I.V.A.S.I. ?



















Menurut Cikgu Halijah Mahmud (http://cikgujah09.blogspot.com/2009/03/apa-itu-motivasi.html), motivasi adalah :


"Persaingan yang sihat dapat menjadi motivasi yang kuat dalam belajar. Namun memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan ketika belajar akan menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan semakin giat belajar, tetapi akan berusaha dengan berbagai-bagai cara untuk mengalahkan pelajar lain bagi mendapatkan status. Membangun sikap suka bersaing dengan pelajar-pelajar lain secara sendirian akan menimbulkan motivasi dan persaingan yang sihat dan berkesan ketika belajar.
Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi diri ketika belajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai sikap seperti ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang berlatar-belakangkan tingkah laku mereka itu. Pembentukan sistem nilai-nilai yang menjadi tanggung jawab guru pada setiap pelajar, sehingga pelajar-pelajar memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri adalah sangat penting. Bagi pelajar-pelajar yang telah memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri, guru hanya perlu memberikan pelayanan yang sesuai dengan tuntutan aktiviti belajar mereka.
 "

Al-kisahnya, tadi baru je bagi motivasi sikit kat adik2 sebab nampak diorang macam tak bersemangat je nak belajar.. nampak macam malas je nak study.. hmm..so, apalagi.. sesi ceramah or kaunseling free tadi dah berlangsung kat umah tadi.. bermula daru ruang tamu hingga lah ke dapur pastu ke ruang tamu dapur pulak.. tapi nampaknya, macam tak bagi kesan pape pon.. diorang boleh jer buat dekk je.. haihh.. geram betol rasenye.. siap dah pegang batang penyapu.. tapi takde lah nak pukul kan.. diorang pun dah besar.. dah boleh fikir sendiri.. 

tapi yang jadi masalahnya, yang membuatkan aku bimbang sesangat ni, (bukan aku je, mak ak pon sekali), diorang tak ade berusaha langsung pun., ape diorang punye main target pun tak tahu.. aku sebagai bakal guru ni rasa sedikit bertanggungjawab untuk membentuk diorang tu... thas why la yang berceramah sakan tadi.. kalau tak, takde maknanya nak membazir ayak liur je..wat rosak pharynx ngan larynx e..adoii

tapi hopefully, apa yang aku ngan mak aku (bertindak sebagai assistant) cakap/ceramah/'beleber'/ nagging/whatever tadi, bukanlah untuk merendah-rendahkan diorang, mengurangkan semangat or give negative feedback untuk diorang.. tapi kami cuba nak bagi semangat so that dioramampu berfikir tentang masa depan diorang.. apa yang mereka nak buat lepas tamat sekolah nanti? takkan la nak duk saje2 je kan? or nak tunggu orang masuk meminang terus?? NO WAY lah.. memang tak dapat r.. cuba survive untuk hidup sendiri dulu although kita ni perempuan okeh?

So, hopefully(kali ke-2), diorang cuba memanfaatkan apa yang diperkatakan tadi..semoga diorang mampu berubah.. and nasihat ni bukan untuk diorang sahaja, malahan untuk sendiri jugak and orang2 yang membaca nie..

Untuk adik2ku :




sekian, wallahua'lam..