She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, June 11, 2011

Doa Baca Al-Quran dan Belajar

aSSaLaMuaLaiKuM wBt  =)


Dulu, kalau nak mengaji sama ada kat rumah tok guru ataupun kat sekolah, mesti kena baca doa. Doa tu biasanya diamalkan sebelum nak mengaji ataupun nak belajar dalam kelas. Sekarang ni, adik yang kat tadika sekarang selalu je baca doa yang sama masa nak baca Al-Quran. Kalau dia tak mulakan dulu pun, bila kita suru baca doa, maknanya dia dah tahu doa apa yang perlu dibaca. Senang la, kan? Zaman sekarang ni dah banyak berbeza dengan zaman2 dulu. Dulu tak ada pun cikgu tadika ajar banyak2 doa. Kalau yang masih ingat pun, doa makan..hehe.. =p Sekarang ni, banyak la doa yang budak 5 tahun boleh belajar masa kat tadika.. Doa2 asas tu dah boleh master la kiranya sebab cikgu asyik suruh baca tiap2 hari kan.. and lagi advanced, ustazah adik ajar 3 benda sekaligus.. first, Iqra'.. Second, Quran kecik and lagi satu Iqra' yang alif, ba, ta tu.. Advanced kan cikgu dia?? Takde dah nak ajar start dari alif, ba, ta pastu barulah Iqra' and then Quran kecik. Rasanya ustazah tu buat macam tu sebab nak kejar masa so that bila nak dekat2 dengan akhir tahun tadika dah boleh baca Quran besar.. Kan Tadika2 kat Terengganu ni selalu buat bacaan Al-Quran beramai2 kat stadium.. So, maybe sebab tu lah.. Anyway, kena ingat jugak, belajar dan baca Al-Quran ni mestilah betul hukum tajwidnya, kalau tak berdosa.. And one more thing kena ingat, baca Quran bukannya sebab nak masuk yang ramai2 tu, tapi niat kerana Allah SWT.. =)

So, yang kat bawah ni adalah beberapa doa yang boleh diamalkan. Semoga Allah SWT memberi kita hidayah dan keberkatan untuk segala ilmu yang telah dipelajari...

1) Doa sebelum membaca Al-Quran dan sebelum menimba ilmu pelajaran

 
[ Google's ]
Kemudian....



Seterusnya...


Maksudnya :
"Ya Allah, berikanlah aku ilmu dan kepandaian yang bermanfaat."

Kemudian, barulah teruskan dengan pembacaan anda..

Selepas selesai membaca, anda digalakkan untuk membaca doa ini :

2)Doa selepas membaca Al-Quran :


Maksudnya : 
"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."

Semoga Allah memberi rahmat terhadap semua aktiviti yang kita lakukan.. insyaAllah.., amiin =)