She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Wednesday, June 8, 2011

Cikgu tiada masa depan???

Assalamualaikum wbt =)

"Cikgu tak ada masa depan."


Adakah anda bersetuju dengan statement di atas? Jika anda adalah seorang guru, (tidak kiralah sama ada guru tadika, guru sekolah rendah, sekolah menengah, kolej malah pensyarah di universiti), orang yang mendidik ataupun berkaitan dengan bidang pendidikan, sudah tentu anda akan terus membantah statement ini, bukan?  

Namun, sekiranya anda bukanlah 'sesiapa'  dengan bidang pendidikan, anda mungkin akan cuba memerah kepala anda untuk memikirkan apa  yang guru2 telah lakukan sehingga dikatakan tiada masa depan.  

bukan senang nak carik cikgu penyabar macam nih


Sebenarnya, statement ini telah diutarakan oleh seorang pelakon dalam sebuah drama Melayu di mana si bapa tidak bersetuju dengan pilihan anak gadisnya untuk memilih kerjaya sebagai guru. Sebagai hasilnya, si bapa berkenaan telah berkata, "Kenapa nak pilih itu(dimaksudkan kpd guru)? Jadi guru tak mendatangkan untung langsung, tak ada masa depan!Cuba lah jadi doktor ke, lawyer ke." Amboii2, laju je mulut berbicara.. Ketika itu, saya cuba memasang telinga untuk mendengar bait2 yang diucapkan oleh si bapa dan apa pula hujah yang dipertahankan oleh anaknya itu? Si anak berkata bahawa dia memilih guru sebagai kerjayanya kerana minat.. selain itu, dia ingin mendidik anak bangsa Malaysia. Nah, jawapan yang begitu abstrak yang lahir daripada jiwa seorang pendidik. 

Sekarang, boleh ke anda nampak perbezaan antara pandangan seorang pendidik dengan pandangan seorang ahli perniagaan? Sudah tentu ada! Ahli perniagaan mestilah akan  mengutamakan duit manakala guru perlu mengutamakan para pelajarnya. sangat berbeza, bukan? Namun, masa depan yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh si bapa tadi(pelakon)? 

Pada pandangan sayalah, bapa itu memaksudkan bahawa orang yang mempunyai masa depan ialah orang yang mempunyai harta yang banyak. So, memang sangat contrast dengan watak sebagai guru. Jarang sekali kita mendengar guru adalah berharta. Kebanyakannya masih lagi perlu mengadakan kelas tambahan/tusyen untuk menampung kos sara diri terutamanya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Guru ni lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Ilmu yang dicurahkan adalah lebih penting berbanding hasil yang akan diperolehi setiap bulan. Memang betul bahawa duit itu penting untuk menyara hidup. tapi bagi seorang guru, mencurahkan ilmu dengan ikhlas dan niat kerana Allah adalah penting dalam memastikan keberkatan rezeki yang diperolehi. Yang penting adalah "Innama a'malu binniat."



Kerjaya sebagai guru bukanlah semudah yang orang ramai sangkakan. Walaupun saya masih seorang guru pelatih, namun beban sebagai seorang guru sedikit sebanyak telah sempat dikecapi ketika menjalankan sesi School Based Experience(SBE) di SK Tengku Ampuan Intan. Ianya bukanlah seperti mana yang orang faham, pergi sekolah pukul 7, balik pukul 2. it is totally wrong!! pukul 2 adalah waktu untuk pelajar sahaja pulang, namun bukan untuk para guru. selain yang menjalani kelas tambahan untuk pelajar2 yang akan menghadapi peperiksaan, guru2 lain turut perlu menjalankan kerja masing2 kerana waktu habis kerja guru setiap hari adalah pukul 4:30 petang. tapi, bukan setakat 4:30 ptg tu saja, kerja jadi cikgu ni berlarutan hingga ke malam. dengan kelas malamnya lagi, nak tanda kertas periksa, buku latihan, buku plan nak mengajar esok lagi. bukannya untuk satu kelas je, at least 4 kelas sehari. 

Ihsan Google.com


So, anda boleh bayangkan tak bagaimana susahnya jadi cikgu ni?? tanpa guru ni, siapalah kita semua ni kan. takkan kita pandai membaca, menulis dan mengira tanpan bantuan yang sangat2 berharga dari guru2 kita. Hargailah mereka kerana kita tidak mungkin akan menjadi apa yang kita jadi hari ini tanpa bantuan daripada insan yang bergelar 'guru'.. Ucaplah sedikit kata penghargaan ketika Hari Guru walaupun mereka tidak kenal kita.



Bahan rujukan :