She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, July 3, 2011

5 Perbezaan Otak Lelaki dan Otak Wanita~

aSSaLaMuaLaiKuM wBt  =)

Tadi masa tengah buat revision untuk subjek English Language Teaching Methodology, ada lah terjumpa satu article yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan bersama. It is all about...

~~Woman's Brain and Man's Brain~~

Berdasarkan article tersebut, dinyatakan 10 perbezaan tentang otak lelaki dan wanita.. Anda ingin tahu? Lets check it out..!

1. Hubungan sesama insan. Wanita lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Sbg contoh, apabila berada dalam satu group work, orang perempuan lebih memikirkan jalan penyelesaian/jawapan kepada soalan2 yang diberikan. Manakala lelaki lebih berkelakuan pasif dan kurang bercakap. Selain itu, lelaki lebih sukar untuk memahami emosi seseorang. Sbg contoh, seseorang wanita perlu menerangkan secara detail tentang masalahnya kepada kawan lelaki berbanding kawan perempuan kerana perempuan dikatakan lebih bersikap sensitif terhadap perkara2 berkaitan emosi/perasaan.

2. Otak kiri dan otak kanan. Lelaki lebih cenderung untuk berfikir menggunakan otak kiri manakala wanita mampu menggunakan kedua2 belah otak secara equal dalam masa yang sama. Sebab itulah lelaki lebih cenderung kepada aktiviti penyelesaian masalah secara langsung manakala wanita suka menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara yang kreatif. selain itu, inilah sebabnya kenapa wanita lebih sensitif tentang perasaan ketika berkomunikasi.

3. Kebolehan dalam Matematik. Kemungkinan anda lebih sedia maklum tentang info ini, yang mana boleh dikatakan amat sinonim dengan lelaki. Otak manusia memiliki satu bahagian yang dikenali sebagai Inferior parietal lobule. Ini dia gambarnya kalau anda tak boleh nak bayang kat mana sebenarnya benda alah nie..hehe

---Inferior parietal lobule (dark green)---


Bahagian ini bersaiz lebih besar dalam otak seseorang lelaki berbanding wanita. So, apa bezanya? Bezanya adalah lelaki lebih terer dalam hal2 yang berkaitan matematik. Cuba tengok kat dalam dunia ni, berapa ramai orang lelaki yang menjadi pakar2 matematik? Antaranya ialah Albert Einstein, Al-Khawarizmi, Isaac Newton, Archimedes, dan ramai lagi lah.. Kalau nak tahu siapakah gerangannya, boleh tengok sini. Amacam?? Semua lelaki kan? Bukannya saya nak merendahkan kaum wanita(sebab saya sendiri pun wanita jugak), tapi ni adalah satu kelebihan yang Allah kurniakan untuk orang lelaki. 

4. Respon apabila stress. Lelaki apabila berada dalam satu situasi yang memberikan tekanan, dia akan fikirkan dua benda sahaja iaitu sama ada untuk melawan atau buat2 tak tahu sahaja. Respon macam ni dipanggil fight or flight response. Sebenarnya bagi lelaki, kedua2 tindakan ini adalah bertujuan untuk melindungi diri daripada mangsa ataupun sebarang situasi buruk. Bagi wanita, mereka lebih cenderung untuk tend and befriend. Semuanya adalah gara2 hormon dalam badan kita. Apabila stress, hormon yang bertanggungjawab untuk dirembeskan adalah hormon oxytocin. Namun, estrogen akan dikeluarkan untuk mengurangkan rasa stress tu. Hormon nie akan menyebabkan kita untuk lebih tolerate dengan situasi. So, takdelah kita buat tindakan yang bukan2 melainkan di luar kawalan..hehe

5. Bahasa. Dalam otak, terdapat dua bahagian utama yang dikenali sebagai Broca's area dan Wernicke's area. [Rujuk sini]


Kedua2 bahagian ini didapati mempunyai saiz yang lebih besar dalam otak wanita. Hmm.. disebabkan itulah pelajar2 perempuan lebih super-duper terer dalam bab2 yang melibatkan penulisan karangan, sejarah dan bahasa. Berdasarkan beberapa tahun pengalaman saya bersekolah(and of course kena buat karangan), memang rasanya lelaki lemah sikit bab2 karangan.. Well, semua manusia masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Secara umum, lelaki hanya mampu untuk memproses bahasa menggunakan dominant hemisphere mereka. Tetapi bagi wanita pula, mereka berkebolehan untuk memproses bahasa menggunakan kedua2 belah hemisfera..


Semoga kali ini bermanfaat untuk kita~~