She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Sunday, July 3, 2011

~Berbicara Dengan Waktu~

aSSaLaMuaLaiKuM wBt  =)

Kali ni, saya ada membaca buku karya Hilal Asyraf yang bertajuk 'Kembara Hamba Mencari Cahaya'.. Sudah tentu korang semua dah sangat2 familiar dengan penulis ni kan?
Dalam bab kedua ni, beliau ada membicarakan tentang waktu..Actually, semua bab dalam buku nie adalah sebahagian daripada apa yang beliau rasakan tentang Islam dan kebenarannya.



Berbicara dengan waktu? 

Apa yang anda faham daripada ayat nie? kita kena bercakap dengan masa atau jam? macam mana pula nak bercakap dengan something yang abstrak tu? ataupun dengan jam, yg mana bukannya benda hidup? 

"Tak ada masa lah..."
"Kenapa sekejap sangat masa nie?"
"Perghh..cepatnya masa berjalan..."

Pernah tak dialog2 sebegini terbit daripada bibir2 anda? tak pernah?? tipu lah.. at least, masa anda menduduki peperiksaan, terutamanya ketika soalan sangat susah dan masa pulak tak cukup, mesti akan ada yang mengeluh, 
"tak cukup masa lah, cepat sangat masa berlalu..bla..bla..bla.."

Bukan ketika peperiksaan saja ayat2 sebegini menjengah cuping telinga kita, namun ketika waktu2 biasa juga.. Mungkin ketika tengah makan, menonton TV ataupun sedang melakukan aktiviti kegemaran kita ketika itu.. Kita selalu ingat bahawa waktu akan menunggu kita.. namun itu adalah sangat berbeza.. sebenarnya kitalah yang perlu menunggu dan menggunakan waktu dengan sebaik2nya.. kalau dah sekali masa berlalu, maka ia takkan dapat di rewind lagi.. hidup kita nie bukannya seperti tape recorder yang boleh rakam perjalanan hidup kita melainkan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian tehadap hamba2Nya.. 

Oleh kerana ayat2 di atas, maka ramailah manusia yang menjalani kehidupan dengan sia2 kerana mereka(termasuk saya) tidak mengambil berat dengan masa.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran : Al-'Asr(103:1-2)

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Di sini, Allah SWT telah bersumpah dengan ayatNya bahawa manusia sering dikaitkan dengan kerugian. Dalam ayat ini, Allah telah mengaitkan manusia dengan kerugian dalam menguruskan masa. Rata2 manusia tidak memanfaatkan masa untuk perkara2 yang berfaedah, malah mereka menggunakannya untuk perkara yang sia2..  

Saya juga bukanlah seorang yang pandai menguruskan masa.. terutamanya apabila kita sangat sibuk dengan belajar dan sebagainya. Namun harus diingat bahawa masa yang Allah peruntukkan untuk kita adalah mencukupi agar kita dapat mengambil sedikit waktu itu untuk beribadah kepadaNya. Beribadah tidak bermaksud bahawa kita kena solat 24 jam, sebaliknya ibadah itu boleh dilakukan dalam banyak cara. Sbg contoh, ketika zaman sekolah itu, ada seorang guru dr sekolah lain yg datang untuk bagi motivasi dan dia bercakap tentang ibadah kpd Allah. Dia menyarankan pelajar2  supaya menggunakan masa dengan sebaiknya utk beribadah. contohnya ialah ketika mengayh basikal. dlam jarak 3 kilometer itu, berpuluh2 lagu boleh kita dendangkan. namun, apa salahnya jika kita tukar lagu2 tersebut dengan zikir mengingati Yang Maha Esa.. Hmm..betul jugakk.. so, dia ajar satu ayat nie..

"Laisalaha mindunillah hi kasyifah"

so, pada hari2 seterusnya, saya cuba mengamalkan ayat ini ketika kayuh basikal ke sekolah :) sangat tenang ketika itu.. 

Apabila bercakap tentang kehidupan, contoh yang paling baik untuk diiukuti sudah tentu Nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW. Baginda juga memiliki 24 jam sehari, sama seperti kita sekarang. Namun, kenapa kita sering merasakan bahawa masa itu tidak cukup dan terlalu pantasa berlalu? Rasulullah SAW mempunyai tanggungjawab yang lebih bersar berbanding dengan kita. Baginda ketika itu adalah ketua keluarga, ketua negara, ketua angkatan perang, hakim negara, seorang bapa malah juga seorang hamba kepada Sang Pencipta, Allah SWT..Namun,baginda masih mempunyai masa untuk keluarganya, para2 sahabat baginda dan juga untuk rakyat2 untuk diberi penyampaian tentang agama Allah.. itu belum dikira lagi dengan ibadah baginda.. sudah tentu kita juga tidak mempu beribadah sebagaimana Nabi Muhammad melakukannya, namun kita boleh meniru sebanyak mungkin sunnah2 baginda..

Oleh itu, diharapkan kita mampu menjadi umat yang mengambil berat tentang masa kerana masa yang telah berlalu tidak akan dapat diundur lagi.. Cukulah dengan kerja2 yang selalu ditangguhkan.. bahagikan masa dengan sebaiknya.. 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna kepadanya(tidak bermakna)."  

Ayuh semua.. kita berbicara dengan waktu.. Mungkin waktu akan melapangkan dirinya sedikit untuk kita sekiranya kita berbicara dengan baik dengannya..
Ayuhh..~