She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, July 9, 2011

Buat bunga tulip versi kertas

aSSaLaMuaLaiKuM wBt   =)

Disebabkan obsess ngan tulip belum habis lagi, n insyaAllah tidak akan berakhir, tangan2 nie duk sibuk mencari info2 berkaitan tulip. Tetiba terfikir kalau wat bunga tulip olok2 pun, comell jugak kan? so, jumpalah satu blog ni yang menceritakan bagaimana nak buat bunga tulip daripada kertas..Hasilnya sangat cantik!!Tapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia..Agak susah nak faham coz certain istilah memang tak faham langsung! So, cara2 yang disediakan di bawah nie telah dipermudahkan kpd Bahasa Melayu... 
jom sama2 kita usha bunga nie.. ^_^

Mula2, sediakan bahan-bahan utk buat bunga tulip kertas nie..
Bahan2 : gunting, gam, kertas warna hijau dan merah, kertas suratkhabar, dawai, tiub putih dan kertas crepe warna hijau.

Potong kertas warna merah lebih kurang bentuknya macam nie. Buatkan untuk 3 kelopak besar, 3 kelopak kecil dan 1 daun.

Untuk kelopak yang kecil, letakkan gam pada bahagian bawah (kiri & kanan sahaja) seperti gambar di atas.

Kemudian, cantumkan kedua2 bahagian yang diletakkan gam tadi supaya jadi seperti di atas.

Kalau dilihat drp bawah, inilah rupanya.

Kalau dr belakang pulak, mcm nie lah bentuknya.

Buatlah langkah2 yang sama untuk ketiga2 kelopak yang besar dan kecil.

Ambil kelopak yang besar dan gunakan lidi satay untuk gulung bahagian tepi bunga. Lihat gambar di atas.

Pastikan kedua-dua belah kelopak bunga besar digulung. Jangan terlalu dalam gulung.

Kemudian, ambil kelopak yang kecil dan gunting bahagian bawah yg berbentuk segi tiga. Lihat gambar.

Buatkan langkah yang sama untuk kelopak besar.

Ambil kelopak yang kecil. Letakkan gam pada bahagian dalam kelopak. 

Cantumkan satu kelopak kecil pada kelopak yang dah diletakkan gam tadi.

Apabila ketiga2 kelopak kecil dicantumkan, maka beginilah hasilnya.

Kemudian, ambil kelopak yang besar. Letakkan gam pada bahagian dalam kelopak macam kelopak yang kecil tadi.

Bila dah siap letak gam, masukkan cantuman kelopak kecil tadi ke dalam cantuman kelopak besar. Lihat gambar.

Bila dah siap gabungkan kelopak kecil dan kelopak besar, maka jadilah sekuntum bunga tulip tanpa daun.huhu

Cantik tak?? hehe

So, sekarang bergerak kepada cara2 nak membuat daunnya pulak.

Gunting dawai dan tiub putih mengikut ukuran yang sama panjang. Masukkan dawai ke dalam tiub putih hingga ke hujung.

Make sure rupanya jadi macam ni,ok?

Lepas tu, guntingkan kertas surat khabar dengan lebar lebih kurang 10cm. Panjang bergantung kpd korang. Tapi jangan terlalu pendek!

Lepas tu, mulakan lilitan drp hujung bahagian bawah kertas suratkhabar. Pastikan lilitan dimulakn dengan sudut menyerong sedikit.

Teruskan lilitan sehingga ke hujung kertas.

Apabila sampai di hujung kertas surat khabar, letakkan gam sedikit supaya tidak tertanggal.

Masukkan tangkai bunga ke dalam lubang bunga. Lihat gambar.

Hujung tangkai hendaklah dilipat sedikit (rujuk gambar)

Tarik tangkai yang dibalut tadi ke bawah sehingga hujung yan dilipat tadi tersangkut di bahagian tengah bunga.

Supaya bunga tulip ni nampak hidup, gunakan kertas crepe warna hijau untuk membalut batang tangkai bunga. Mulakan dari atas tangkai hingga ke bawah.

Selesai part tangkai, beralih ke bahagian daun.
Daun yang telah digunting tadi dilukiskan corak tulang daun yang sesuai.
Coraknya bergantung kepada korang.
Tapi nak buat tu, agak2 la kan..

Fikirkan di mana daun itu patut diletakkan. Tidak terlalu atas dan tidak terlalu atas.
Alaa...macam bunga2 yang biasa korang tengok la...

Bila dah decide nak letak kat mane, gunakan tangan kiri untuk menahan daun agar tak jatuh.

Ikatkan daun yang ditahan dengan tangan tadi dengan menggunakan benang. Lilit sampai dah rasa kemas.

Kemudian, gunakan kertas crepe hijau untuk menutup bahagian yang dililit dgn benang tadi. Lilitkan sehingga ke bawah tangkai.

Tadaaa!!! Dah jadi sekuntum bunga tulip yang cantik lagi ayu =)

Nampak real jugak tu... hehe

Kalau nak lagi cantik, buat lah lagi banyak bunga tulip yang sekuntum2 tadi..
Kemudian masukkan dalam pasu..
Sangat sesuai kalau nak letak kat tengah2 meja makan...
Eeee...lawanya..

Untuk hasil bunga yang lagi cantik, gunalah kertas warna yang kelip2 sikit.. warna kertas pun boleh depend kpd kita sendiri..


P/S : InsyaAllah satu hari nanti akan try buat bunga tulip nie.. ^^
Note : Sumber >>> tulip kertas.. ayatnya dah diubah supaya owang Mesia senang nak paham sikit.. ^^