She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, July 31, 2010

GK [General Knowledge]

Saja nak share sedikit info yang bagi saya, agak interesting..=)

Jom kita jenguk kat bawah nie info apa yang menarik nie...Check it out!

1) Vitamin K sangat penting di dalam tubuh kita kerana vitamin ini membantu darah untuk membeku (clotting) apabila tisu terluka. Tanpa vitamin K dalam tubuh, sedikit luka yang berlaku di dalam atau di luar tubuh, boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan dan tubuh kita akan kehilangan banyak darah.

Sumber vitamin k: sayur-sayuran yang banyak berdaun hijau, kobis, susu dan hati.

2) Kaca dihasilkan daripada pasir, iaitu galian silika dan silikon dioksida, juga dipanggil kuarza. Suhu lebur silika terlalu tinggi iaitu 1700 darjah celcius(3092 F) dan hasilnya masih dalam bentuk hablur atau kristal. Bahan kaca ini dinamakan seramik atau tembikar. 

3) Burung layang-layang sentiasa terbang di udara sambil minum, makan dan terlena tanpa langsung mendarat , kecuali balik ke sarang. Haiwan ini menggunakan air liurnya untuk membuat sarang yang sangat diminati oleh kaum Cina sebagai makanan.Contohnya: dimakan sebagai sup burung layang-layang.

4) Pada waktu Subuh, kira-kira lapan minit selepas matahari terbit daripada kaki langit, barulah kita menerima cahaya daripada matahari.

5) Landak adalah binatang penting dalam ekologi alam kerana giginya tidak berhenti tumbuh dan perlu mengigit tulang haiwan besar untuk menumpulkan giginya. Sebab itulah kita jarang menemui tulang di dalam hutan.

6) Pokok kapas mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk berbunga selepas dibekalkan dengan baja yang cukup, air dan cahaya matahari. Di negara panas, pokok kapas boleh hidup sepanjang tahun jika dijaga dengan sistematik dan berterusan.

*belum pernah lihat pokok kapas di depan mata sendiri..hehehe

7) Jus buah-buahan sangat bagus untuk tubuh kerana:

@@ meningkatkan daya tahan tubuh
@@ menurunkan kadar kolesterol
@@ melancarkan proses pencernaan
@@ sebagai anti-oksidan dan anti-kanser
@@ mempercepat proses penyembuhan luka

8) Biji badam yang dicampurkan ke dalam susu boleh mengurangkan masalah dengkur semasa tidur.

Yang paling menarik ialah pasal landak...Oooooo...baru ku tahu....