She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Thursday, April 12, 2012

Sukantara IPG-KBA 2012

Assalamualaikum wbt :)

Pada hari Selasa yang lepas iaitu bertarikh 10 April 2012, IPG-KBA telah menjalankan latihan Sukantara di peringkat IPG-KBA pada tahun 2012 ini. Kali ini, keempat-empat rumah mengambil bahagian pada hari yang sama memandangkan cuaca pada petang Isnin mendung dan hujan yang turun dengan lebatnya. Oleh itu, kesemua rumah sukan iaitu Syahbandar(Kuning), Temenggung(Hijau), Bendahara (Merah) dan Laksamana (Biru) telah mengumpulkan ahli rumah sukan masing-masing di padang. Pada awalnya, padang kelihatan dipenuhi oleh pelajar-pelajar dari rumah Biru dan Merah, manakala rumah Hijau dan Kuning kelihatan tidak begitu ramai. Maka, saya telah membuat hipotesis saya sendiri iaitu pelajar rumah hijau dan kuning kelihatan sedikit kerana ramai ahli mereka tidak memakai baju warna rumah masing-masing. Berbanding dengan rumah merah dan biru, majoriti daripada mereka memakai baju yang melambangkan warna rumah masing-masing.

Memandangkan saya adalah ahli rumah Hijau, maka pada petang itu, saya pun turun jugak ke padang. Walaupun pada awalnya dah malas sangat-sangat, al maklum lah, baru lunch pukul 3.00 petang. Lepas tu rehat-rehat kejap sambil baca Reader's Digest.. Pastu mata pun dah semakin surut. Dah hampir-hampir pukul 4 petang, rumate2 yang lain semuanya dah bersedia dengan tshirt rumah.. Bersemangat tu! :) Masa tu, saya masih lagi leka *saje2 buat leka.haha* kononnya tak nak pergi,haha.. Akhirnya turun jugak ke padang.

Semasa sampai kat padang tu, ahli rumah hijau tengah buat acara larian 100meter. Aku dah teragak-agak dah sama ada nak turun tangga tu atau pun tidak. Sementara menunggu Gaya, lepak-lepak dulu kat tangga. Akmal dah turun ke padang, sambil duk panggil-panggil. Akhirnya, saya daftarkan diri dan cuba 'lari' dari kawasan starting point berlari 100meter. Fuuhh, lega dapat lari! Walaupun ada yang cuba nak memanggil saya untuk menjoin larian tu, saya terpaksa buat muka serius. Kalau asyik duk gelak-gelak je, nampak sangat tak berlari lagi! Hahaha.. Akhirnya, orang tu faham yang saya tak nak berlari. Terima kasih lah orang tu walaupun awak berdendam dengan saya. Nevermind. 

Seterusnya, saya ke acara lontar peluru. Kalau yang ni bersemangat sikit. Yang ni mesti dapatkan 2 mata jugak. Kalau tak, memang rugi macam tu je. Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh 2 mata..hihi.. Lepas pusing belakang je, ada orang lelaki yang cakap, "Bagus, bagus." Aku senyum je la kan sebab orang dah puji. Lepas tu, dia kata lagi, "Kuatnya dia." What do you expect bila orang lelaki cakap macam tu? Tak selesa kan walaupun itu boleh dikira sebagai pujian. Anyway, arigatou gozaimas.

Kemudia, saya teruskan dengan acara lompat jauh. Yang ni kalau nak dapat 2 mata bagi perempuan, susah lah sikit. Saya pun cuma dapat 1 mata. Tapi at least tak batal kan. Its better than never. Sukantara kali ni berakhir pukul 7.00 malam. Ketua rumah hijau telah membuat satu perjumpaan segera dengan semua ahli rumah hijau yang datang untuk memaklumkan status rumah hijau pada waktu tersebut. Alhamdulillah, rumah hijau agak mendahului dan sekarang sedang bersaing sengit dengan rumah merah. Saya doakan rumah hijau kekal menjadi JUARA pada tahun ini dan seterusnya mengekalkkan rekod juara 5 tahun berturut-turut. ^__^

Dengan ini disertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa Sukantara dijalankan :)

Peserta rumah hijau sedang menunggu giliran untuk acara melontar peluru.
Peserta rumah hijau menambil 'peluru' untuk dilontarkan..hehe
SORRY!! gambar terbalik. tak sempat nak rotate. ni pemandangan dari tangga yang nak turun ke padang.
Tangga ni memang tinggi woooo~~~
Peserta rumah hijau perempuan sedang menunggu giliran untuk acara lompat jauh.
Semuanya nampak tak sabar je :)


Apapun, saya masih nak ucapkan sekalung terima kasih dan yang penting tahniah kerana telah menghadirkan diri ke sukantara 2012 ini. Tahniah kepada semua!