She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, April 7, 2012

Baucar Buku 1Malaysia

Assalamualaikum wbt.. :)

Setelah sekian lama tak update entry baru, hari ni (insyaAllah) akan tercapai hajat tu. Bukannya tak ada idea nak tulis tentang apa, tapi masa yang menjadi penghalang utama untuk saya update kisah terbaru. Saya mulakan entry kali ini dengan kisah Baucar Buku 1Malaysia atau lebih dikenali sebgai BB1M. Baucar Buku 1Malaysia ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia yang telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Baucar yang bernilai RM200 ini telah diagihkan kepada lebih 1.3 juta orang pelajar. Jadi, apabila didarabkan jumlah baucar dengan bilangan pelajar, maka hasilnya kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM260 JUTA!!

Katanya, pemberian Baucar Buku ini adalah bertujuan untuk membebankan perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian. Untuk pengetahuan anda, baucar RM200 ini hanya diberikan kepada pelajar yang mengambil 'tertiery education' bermaksud pelajar yang menyambung pelajaran selepas SPM. Selain itu, dengan pemberian baucar ini, diharapnya masyarakat Malaysia ni akan menjadi ulat buku suatu hari nanti. hehe.

Di dalam kriteria kelayakan seperti yang telah diwar-warkan dalam Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)***, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk menerima baucar ini kerana mereka telah mendapat elaun buku sebanyak RM600. Saya sebagai salah seorang warga IPG agak rasa terkilan pada mulanya kerana kami telah dikecualikan daripada senarai. Iye lah, kalau nak diikutkan, pemberian elaun buku ini telah lama dipraktiskan. Memandangkan pemberian BB1M ini adalah satu inisiatif baru kerajaan kepada pelajar,  kami merasakan bahawa kami juga patut terima BB1M itu. Setelah beberapa lama, kami warga IPG mnedapat berita bahawa kami telah dlayakkan untuk menerima BB1M. ALHAMDULILLAH!! Terima kasih kerana tidak lupa kepada kami!

Setelah BB1M peringkat IPG-KBA dilancarkan pada Isnin lepas, maka berduyun-duyunlah pelajar IPBA yang nak menebus baucar-baucar mereka sebanyak 4 KEPING itu ke dalam bentuk buku, alat tulis, dan sebagainya (yang valid saja lah). Antara kedai-kedai yang menjadi tarikan warga IPBA ni adalah MPH, Popular, Kinokuniya, BookXcess dan Borders. Mungkin ada banyak tempat lain yang boleh dikunjungi untuk menebus baucar-baucar tersebut. Dalam tempoh seminggu ini, ada yang telah berjaya menghabiskan RM200 tu, dan ada juga yang masih belum luak pun lagi. Saya ni dah luak RM25. hehe.. Ermm, macam mana nak spend separuh je baucar tu??

Haa, ini alkisahnya..  Hari ni, saya dan beberapa rakan iaitu Gaya, Bhavani, Anna dan Puvi telah ke Amcorp Mall untuk makan dan membeli belah buku..Hihihihi... Kami bergerak keluar lebih kurang pukul 12.20 tengah hari dan sampai di sana sebelum pukul 1. Perjalanan tu takde lah lama sangat sebabnya kami naik LRT je pun. Lepas tu, terus ke Restoren Atap-Atap kat tingkat bawah Amcorp Mall. Ini adalah kali pertama saya makan di Atap-Atap ni, tapi disebabkan Gaya sangat mencadangkan kami makan di sini, saya terima je lah. Saya makan R17, Nyonya Chicken with Fried Rice kalau tak silap. Yang lain pun makan menu yang berlainan. Saya tak order air sebab mahal sangat! Air masak pun boleh sampai RM2 segelas! Haihh, baik minum air mineral daripada Giant Store kat bawah tu. Ni bukan kategori kedekut tau, tapi kita patut tahu macam mana nak spend duit kita wisely kan?

Lepas makan, kami terus gerak ke BookXcess. Sebenarnya, target nak beli buku apa tak jelas sangat. Entah la, bila dah dapat baucar ni, tak tahu pulak nak beli apa. Bila semua beli pakai duit sendiri, barulah yang ni nak, yang tu nak. Tak paham aku. Aku berpecah sebab nanti kalau gerak sama-sama, limited pulak kan. Jalan punya lah jalan, akhirnya, aku terserempak dengan satu buku bertajuk '1000 Fantastic Animal Facts'. Buku ni sudah tentulah tentang haiwan kan. Aku pun tak berapa nak jelas kenapa aku suka sangat-sangat buku yang berkaitan denga haiwan, sains ataupun yang berkaitan dengan National Geographic ni. Sepatutnyam aku tak patut ambil course TESL kot. Kena ambil course Science ke, Geography ke..Hahahaa. LAWAK!! 

Buku yang berjaya dibeli. hihihii

Memandangkan buku ni bernilai RM24.90 dan saya pun dah tak tahu nak beli buku apa lagi, so saya berpakat dengan Puvi untuk share baucar. Nanti rugi pulak kalau beli buku yang entah pape je kan. So kiranya, saya owe Puvi RM24.90. Hahaha. Maka dengan itu, baucar saya telah habis sebanyak RM25. huhu.. Cehh, mengira betul! Hahahaha. Kami pun ke Popular Bookstore kat tingkat bawah. Tak banyak sangat bukunya. Tak ada pilihan. Saya tak beli apa-apa kat Popular ni. Saya hanya merayau kat dalam Popular ni sementara menunggu tiga lagi rakan yang duk sibuk nak menghabiskan baucar mereka tu. Hahaha.

Setelah sejam, dua jam merayau, akhirnya kami pun dah penat dan nak balik. Terus je la balik. Beli token LRT ke Kerinchi kemudian tunggu LRT lepas tu sampai Kerinchi. Ehh, apasal detail sangat ceritanya ni??? Biarlah kan. Sampai je Lrt Kerinchi, hujan lebat sangat! Saya dah la tak bawak payung. Daripada kami seramai 5 orang ni, cuma 2 orang yang rajin bawak payung. So, saya pun  tak lah mintak sangat untuk dipayungkan sebab dah tahu tu kesalahan sendiri yang tak ingat nak bawak payung. Alhamdulillah, hujan dah tak lebat lepas tu. So, takde lah kebasahan sangat kan. Akhirnya, sampai lah kami ke bumi IPBA yang 'bertuah' ni :))

P/S: Terima kasih kepada si penulis sebab akhirnya berjaya jugak buat entry baru. Hehehe
Sorry sebab ayat skema sikit! HAHAHAHA

***Untuk maklumat lanjut tentang BB1M ini, sila klik MOHE 'BB1M'.