She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Thursday, May 26, 2011

Tamat sudah final exam sem 1...

Assalamualaikum wbt... =)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan saya sepanjang berlangsungnya peperiksaan akhir sem 1 ni.. Exam kali ni telah melibatkan lapan (8) subjek iaitu:

i) Philosophy of Education in Malaysia - Dr. Raja Gopal
ii) Bahasa Melayu Komunikatif I - En. Thahir
iii) Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Ustazah Kamariah
iv) Pengurusan Kokurikulum - Dr. Ghazali
v) Child Development - Dr. Boon
vi) Introduction to Linguistics - Dr. Suraya & Pn. Noriah
vii) Literature in English - Madam Ann

Exam dah lepas, so sekarang masa adalah freedom!!!


Subjek2 untuk sem pertama degree ni dah sangat mencabar.. sangat memerlukan pemahaman dan penghayatan yang sangat tinggi.. Rasanya, ini adalah peperiksan rasmi pertama yang saya duduki dalam tempoh 5 bulan pembelajaran. sebelum nie, semuanya buat kat akhir tahun.. so, memang exam kali ni lebih berbeza sebab saya perlu cover kesemua 8 subjek tu, yang tiap2 subjek tu mengandungi lebih kurang 11 bab.. adoii.. banyak tu.. bukannya sikit... kalau nak study last minit, memang teruk r.. cari nahas jer.. kang tak pasal2 ada yang tak tido.. tapi tak tido tu dah jadi perkara biasa bagi saya.. yang lebih mencemaskan ialah bila study last minit n memang betul2 last minit pun, contohnya lagi satu jam nak exam, tapi belum sempat habiskan revision.. time tu, adalah yang rasa nak menangis, nak meraung, yang pasti rasa sangat2 menyesal sebab study last minit..kan dah terima akibat dia tu.. bila dah rasa nyesal tu, mula la berkata kat diri sendiri, " Hmm..lepas ni dah tak boleh study last minit macam nie lagi..nanti tak sempat nak habiskan revision..bahaya.." so, bila dah kata macam tu, insaflah kejap.. tapi, rasanya tak akan study awal2 untuk next semester! huhu.. tak tahu la.. manusia ni susah nak tentukan.. kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu..haihh...


Sepanjang exam 3 papers pertama iaitu Pengurusan Kokurikulum, Bahasa Melayu Komunikatif 1 dan TITAS, exam bukannya kat Level 2 Tower Block.. Tapi kat Main Hall sebab subjek2 ni semua pelaja course lain pun ambik subjek ni coz dia wajib.. bila 4 paper yang terakhir iaitu Child Development, Philosophy, Linguistics ngan Literature barulah buat kat Level 2 Tower Block.. Saya punye kat Dewan A, barisan pertama, tempat duduk last sekali, A12..kst depan Akmal, belah kanan Elzira, kiri dan belakang xde orang sebab saya yang dah paling penjuru kan..hehe..

Saya dah buat apa yang saya mampu..
dan sekarang, bertawakallah kepada Allah SWT :)


Sepanjang exam kat Level 2, saya rasa agak seronok dengan keadaan di siti.. first sebab duduk belakang sekali...so, kita boleh tengok ragam pelajar lain..ada yang garu kepala, ada yang silang kaki, ada yang dah lentok, ada yang kejap2 paling kawan sebelah, dan yang paling penting, ramai yang teku jer tulis jawapan kat kertas exam tu.. sungguh bersemangat sekali! huhu..Lagi satu, duduk kat belakag adalah sangat kondusif berbanding duduk kat barisan paling depan ataupun tengah2.. KENAPA??? sebabnya, kalau dudk kat depan sekali, saya rasa macam seolah-olah dunia saya dah kena block dengan dindng kat depan tu.. pastu, kepala terus jammed.. terus xleh pikir apa jawpan dia.. haiihh.. saya kata macam nie sebab saya pernah mengalaminya.. bukan saya je yang cakap macam ni tau.. Akmal pun cakap benda yang sama, sebab dia pun [ernah mengalami perkara ni... so, rasa sangat bersyukur kerana ditempatkan kat barisan last sekali.. thanks to my parents sebab letak nama saya start dengan 'Nor'.. so, huruf N duduk la kat tengah2 kan? kalau rasa2 nak anak2 anda nanti duk tengah2, bagi la nama start ngan huruf N ye.. abis senanh, letak je Nor something... Nor kan maksud dia cahaya :)



Sebab kedua kenapa saya tak nak duduk kat tengah2, maksudnya bila duduk kat posisi tu, kita akan ada kawan dari segenap penjuru.. dari kanan, kiri, depan dan belakang.. tak terasa seperti kita sentiasa diperhatikan? kan terus jadi tak selesa kan.. so, sangat2 bersyukur sebab dapat tempat yang selesa.. lagi satu, saya duduk kat bawah airconditioner.. kat bawah tu maknanya tak kena puna angin daripada aircond tu, cuma dapat rasa sejuk je, bila sekurang2nya duduk dalam setengah jam gitu.. tapi mujur la kan, kita banyak menulis, so, tak rasa sejuk sangat.. bila dah asyik menulis, tangan pun dah macam nak kebas.. darah2 semua dah pergi ke arah tangan dan hujung jari yang pegang pen tu.. panas rasanya!

Tapi kan, saya mesti cam gelabah sikit bila lecturer datang kat meja kita untuk check IC number ke, kad matrix, nak kumpul slip kehadiran, nak kutip ketas jawapan, ataupun nak bagi kertas tambahan.. tak tahu la kenapa.. tapi mesti akan terjadi something.. masa tu lah nak stapler kertas, masa tu la nak habiskan ayat terakhir, dan masa tu jugak la baru nak susun kertas jawapan mengikut susunan dia.. huhu.. macam zaman exam spm dulu la pulak.. exam add maths time.. kelam kabut gila.. lama cikgu tu tunggu kat meja saya..huhu.. last sekali, tak susun pun kertas2 tu sebab teringat yang Cg Mazlina kata, "kalau tak cukup masa, tak payah susn lah kertas jawapan tu.. nanti pemeriksa kertas jawapan akan cari bila dia nak tanda kertas.."huhu..dengan itu, terpraktiklah salah satu nasihat yang cikgu bagi..huhu.. kelakar pulak bila diingat balik..hehe...

okay lah.. rasanya sampai sini je kot tulis pagi nie (pukul 6 pagi taip nih).. nak packing baju untuk disimpan kerumah kawan pulak.. esok abang dia dah nak datang ambik.. so, kena la simpan sekarang..hehe..baju yang baru angkat tadi pun masih belum berlipat...lagi dua pasang baju kurung kat ampaian, baru basuh.. ok, sekian kali nie.. nanti sambung lagi...
Anyway, bila exam dah habis, and cuti sekolah pun akan tiba dalam masa dua hari lagi, so, saya pun nak mengucapkan happy holiday lah kat diri sendir and kawan2 yang lain yang akan bercuti sekali ngan budak2 sekolah jugak.. al-maklumlah, nak jadi cikgu kan. so, cuti pun kena seragam dengan anak murid lar...hehe.. and yang paling penting,congratulations to me and all my friends because we managed to finish our exam! hehe... Bye... Salam :)

Happy Holidays!!
Enjoy your three weeks holidays!!
Benefit your holidays okay??!! ^_^