She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Tuesday, May 31, 2011

Hari Kedua & Ketiga

Assalamualaikum wbt =)


Sepanjang tiga hari kat rumah ni, saya ok lagi.. I'm fine..huhu.. Biasa la, rutin harian memang la lari terus daripada masa duk kat IPBA.. dulu memang buat apa2 untuk diri sendiri.. sekarang dah kena consider tentang orang lain jugak kan..biasa2 la, masak, kemas rumah, cuci pakaian n lain2 lah.. kena pulak sekarang nie ada orang tengah renovate area bilik mandi rumah nie.. so, biasanya dia ada time kul 11pg hingga la petang..ada tu, sampai magrib pun.. lagi dahsyat malam tu pun dia datang jugak.. so, kitorang kena r prepare lunch ke, makan2 ringan, air semua tu kat dia.. sometimes, ada jugak anak ngan isteri dia datang.. so, semua sekali bagi makan r.. kami tak ada hubungan apa2 pun... just kawan ayah je.. and dia construct bilik air pun kata orang macam tolong r.. so, orang buat baik kat kita, kita kena la buat baik kat orang jugak kan? biasanya, kami(saya ngan mak) sedia lunch kat diorang pun sepertimana yang kami makan jugak.. tapi dia tu makan ikan panggang., so, kena la panggang ikan untuk dia.. yes! memang agak fussy la..tapi nak wat camane kan.. hehe.. saya pun duk je la kat dapur..buat tu, buat nie.. ada tu, bila duk kat luar rumah ataupun bukak FB kejap, tak lame lepas tu dengar la emak cakap "xde ke orang nak tolong kemas dapur nie?" sometimes rasa gak nak cakap " tadi baru je sudah kemas" tapi  gitu lah.. adik2 ramai.. semua buat tak reti je.. so, last2 kakak jugak la yang kena buat.. hmm..

Lagi satu, susah kan kalau kita asyik kena bergantung dengan orang lain? Apa pendapat awak2 semua?


Seperti yang kita tahu, kita sesama manusia memang saling memerlukan.. saling bergantung.. bukan zaman sekarang je, even zaman Kerajaan Agraria ngan Kerajaan Maritim dulu pun saling bergantung kan? apatah lagi zaman sekarang nie, yang tersangatlah moden, canggih and very sophisticated la katakan.. bagi yang kurang, sudah tentu memerlukan pertolongan daripada yang lebih(yang lebih mempunyai).. so macam sekarang la.. in my situation.. kenapa perlu mengungkit? xperlu kan? kalau tak nak tolong, cakap je la awal2.. jangan pulak masa kita meminta tolong, semuany okay.. tapi bila menolong, asyik bercakap seolah2 nak menyalahkan orang yang meminta tolong.. orang tu tak cakap straight forward.. tapi, yang mendengar tu paham la kan.. bukannya bodoh.. bukannya dia bercakap bahasa alien.. huh!dia pun selalu je mintak tolong ngan kita.. geram sangat.. masa tu jugak la terasa and terfikir sampai bila kita asyik nak meminta tolong daripada orang lain? huhh!! tak sabar rasanya nak memiliki pekerjaan sendiri and have everything! Oh Allah, please help me ya Allah! Saya tahu, sebesar mane pun pertolongan yang diperlukan daripada manusia sendiri, yang lagi penting adalah meminta tolong daripada Allah sendiri iaitu melalui berdoa.. semoga Allah memakbulkan apa yang kami hajatkan..Amiiin.. :)

Next story, kemas rumah and terus kemas rumah... even asyik kemas pun, mesti bersepah jugak..! tolong la faham sikit..  kena pulak kalau buku tu.. kalau dah baca, tolong la susun balik mengikut apa yang orang susun.. ni tidak.. kalau orang dah susun elok2 buku, bila ambik sebiji, mesti bersepah yang lain2.. geram tau! tak mahu komen banyak2,, dah banyak sangat bagi komen hari nie.. hmmm..

Itu sahaja.. nak lepaskan apa yang terbuku di hati... hihihi
Salam and jumpa next entry.. :)