She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Monday, January 6, 2014

Sakit penghapus dosa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Semoga baik-baik sahaja hendaknya :)

Manusia, tidak akan terlepas dari ujian PenciptaNya, Allah SWT. Sekecil mana pun rasa sakit itu, yakinlah bahawa ianya datang daripada Allah sebagai dugaan untuk menguatkan tahap keimanan seseorang. Pernah dengar tak bahawasanya penyakit itu kifarah dosa?

Apabila seseorang anak Adam itu (yakni manusia-manusia) jatuh sakit sama ada kecil atau besar, Allah akan mengutuskan empat malaikat kepada kita dengan tugas masing-masing.
Malaikat Pertama ditugaskan untuk menarik selera makannya.
Malaikat Kedua pula ditugaskan untuk mengambil rezekinya.
Malaikat Ketiga datang untuk menarik kecantikan wajahnya.
Akhir sekali, Malaikat Keempat datang untuk mengambil dosanya.
Bagaimana? Allah berikan rasa sakit supaya dosa kita yang bertimbun-timbun dapat dikurangkan dan juga sebagai pengajaran kepada kita manusia untuk memanfaatkan nikmat sihat yang Allah berikan. Apabila sakit, sebagai contoh demam,biasanya kita akan mula rasa panas-panas badan, kemudian hilang selera makan. Tak mahu makan itu, tak mahu makan ini meskipun makanan-makanan yang dihidangkan itu sedap sehingga menjilat jari. Seterusnya, Allah menarik rezeki kita. Rezeki bukan hanya pada duit yang diperoleh melalui gaji bulanan, tetapi pada setiap nikmat yang dikurniakan. Rezeki ditarik apabila kita tidak dapat bekerja, terutamanya bagi mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga pasar malam, petani dan nelayan. Mereka mungkin tidak akan memperoleh rezeki duit melalui pekerjaan yang biasa mereka lakukan. Betul tak?

Kemudian, Allah hilangkan kecantikan wajah ketika sakit. Muka akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Disebabkan itulah biasanya mereka yang tidak sihat mudah dicam dengan hanya melihat muka mereka. Akhir sekali, Allah hilangkan dosa-dosa kecil kita agar manusia dapat mengambil pengajaran daripada apa yang telah dilaluinya. Allah ni baik sangat, begitu Penyayang bukan? Cuba kita bayangkan, Nabi Adam A.S. dikeluarkan dari syurga hanya disebabkan satu kesalahan kerana terpedaya dengan godaan syaitan dengan memakan buah zakum. Hanya satu dosa, Nabi Adam diturunkan ke dunia. Bagaimana pula dengan kita yang dosa-dosa sentiasa menggunung, makin hari makin bertambah? Layakkah kita untuk menjejakkan kaki ke syurga milikNya? Hanya dengan cara bertaubat dan kembali ke jalan Allah, semuanya tidak mustahil. Semuanya terkandung dalam pengetahuan Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Hujan juga merupakan nikmat Allah.
Menjadi hambaNya yang bersyukur. Itulah salah satu target kita. Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan. Jangan dengan nikmat yang diberikan, kita menjadi angkuh seperti Firaun. Firaun yang tidak pernah sakit itu mengaku dirinya sebagai tuhan. Terang-terang adalah kerana menyalahgunakan nikmat Allah. Jadi, sudahkah kita bersyukur hari ini? Alhamdulillah.

Perbanyakkan membaca selawat syifa' serta doa-doa yang dapat menyembuhkan penyakit. Antaranya:
Doa untuk orang yang sakit.
P/S: Semoga Allah memberi kesembuhan kepada bapa saudara yang sedang sakit dan dirawat di sebuah hospital.
P/S/S: Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.