She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Friday, May 31, 2013

Wan Jah in the house

Assalamualaikum ;)
"Nenek dah sampai! Nenek dah sampai!" - tolong Terengganukan bunyinya.
Bersemangat bila dapat tahu tok nak datang rumah. Rela tak tidur kot tunggu. Terkezzut agaknya sebab diberitahu secara tiba-tiba. Mana taknya, tak sampai seminggu duduk kat rumah, mak bagitahu yang tok nak datang. Seronok tuuu... hehehe

Lebih kurang pukul 12 tengah malam, Tok sampai dengan Cu. Cu yang bawakan dan dia kena gerak terus sebab nak hantar someone kat Kuantan. Ok, fine Cu..

Menu pertama yang Tok buat ialah ketupat sotong. Terpaksa order dengan ayah suruh tolong belikan sotong 1 kg. Tapi tup tup, 2 kg ayah bawak balik. hehe.. Makanya, mak pun proceed nak buat patpit dengan ketupat sotong. (^^)V
Ketupat sotong
Ketupat sotong yang Tok buat ni manis sikit berbanding yang mak buat. Orang sana biasanya makan manis. So, kita ikut resepi orang sana kan. hehehe. Tapi mampu telan 2 sotong je sebab manis sangat!

Sejak-sejak Tok ada ni, bila kat dapur je, dah terasa macam kena inspect dengan mak mertua. hehehe

Takpe, insyaAllah 2014 kami akan ke sana!(kalau diikutkan 5-year interval dengan previous one) Rindu mereka di sana. :'(

Tuesday, May 28, 2013

Nekad sangat!

Assalamualaikum wbt :)

Cuti sekolah dah bermula dah. So, kita pun nak cuti jugak. Tapi kita special sikit, sikit je pun.. Dapat cuti tiga minggu. hehehe
Sementara cuti ni, rancangannya memang hebat-hebat belaka. 
Tapi yang jadinya belum tentu semua kan.. Mungkin disebabkan beberapa faktor utama.. hehehe

Untuk minggu pertama ni, kita cuba cari satu hobi (actually nak habiskan masa) yang tak perlukan kita menghadap laptop ni, sama macam kat IPBA. 
First thing first, kena kemaskini book shelves. Setiap kali balik cuti, benda ni wajib buat sebab tak suka tengok buku-buku berselerakan kat ruang yang tak betul.
Contohnya, buku latihan SPM adik ada kat area buku rujukan. Novel pulak kata area files.
Rasa macam tak kena je, gatal mata tengok.
Last-last, siapa lagi nak kemaskan. Diri sendiri la jugak yang kena.

Lepas tu, jumpa buku-buku yang selalu kita borong sama ada kat Book Xcess, MPH atau Big Bad Wolf baru-baru ni.. Rugi sangat rasanya kalau tak dapat pergi Big Bad Wolf tu. Walaupun BBW tu kat the Mines, ku sanggup meredah Kerinchi, naik train sorang-sorang sampai sana. Tapu nanti mestilah sekali dengan Thah and Tha :) hehehe

Disebabkan kita ni terlampau rajin beli buku, tapi tak pernah habis baca, jadi kali ni dah nekad mesti baca jugak. At least setiap hari sebelum tidur baca! Kalau tak, sampai bila-bila pun takkan habis buku/novel yang dah terbeli ni. Jangan pernah terasa rugi apabila duit-duit dibelanjakan untuk beli buku, okay?

So, inilah novel pertama musim cuti sekolah ni! =)

Plum Spooky by Janet Evanovich
Ini novel yang paling latest dibeli kat BBW. Mengandungi 25 chapters yang mana kita pun baru sampai chapter 5. hahaha.. Bila nak habis tu? Wallahua'lam. ;)

p/s: petang ni dating kat taman belakang rumah dengan mak dan pokok-pokok bunga. Banyak pasu yang nak kena alih katanya.