She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Friday, May 31, 2013

Wan Jah in the house

Assalamualaikum ;)
"Nenek dah sampai! Nenek dah sampai!" - tolong Terengganukan bunyinya.
Bersemangat bila dapat tahu tok nak datang rumah. Rela tak tidur kot tunggu. Terkezzut agaknya sebab diberitahu secara tiba-tiba. Mana taknya, tak sampai seminggu duduk kat rumah, mak bagitahu yang tok nak datang. Seronok tuuu... hehehe

Lebih kurang pukul 12 tengah malam, Tok sampai dengan Cu. Cu yang bawakan dan dia kena gerak terus sebab nak hantar someone kat Kuantan. Ok, fine Cu..

Menu pertama yang Tok buat ialah ketupat sotong. Terpaksa order dengan ayah suruh tolong belikan sotong 1 kg. Tapi tup tup, 2 kg ayah bawak balik. hehe.. Makanya, mak pun proceed nak buat patpit dengan ketupat sotong. (^^)V
Ketupat sotong
Ketupat sotong yang Tok buat ni manis sikit berbanding yang mak buat. Orang sana biasanya makan manis. So, kita ikut resepi orang sana kan. hehehe. Tapi mampu telan 2 sotong je sebab manis sangat!

Sejak-sejak Tok ada ni, bila kat dapur je, dah terasa macam kena inspect dengan mak mertua. hehehe

Takpe, insyaAllah 2014 kami akan ke sana!(kalau diikutkan 5-year interval dengan previous one) Rindu mereka di sana. :'(