She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Monday, July 21, 2014

Manusia Berdosa

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh tak menulis kat sini. Bukannya tak ada idea nak tulis, berlambak-lambak sebenarnya. Tapi disebabkan sikap malas yang melampau-lampau, maka post tu ditunda dan terus tertunda. Kalau diikutkan, asal ada benda konflik sikit je, mesti aku dah fikir nak masukkan dalam blog. Tapi bila fikir banyak-banyak kali, macam tak perlu pulak. Ye la.. Kenapa nak kena luahkan perasaan ke alam siber. Apa yang blog ni mampu bantu kita? Fikir dan terus fikir...

Nak puaskan hati manusia tu susah kan? Kenapa kita perlu beria tentang sesuatu yang kita sendiri tak pasti? Masa depan... Ye, masa depan. Kita manusia terlalu banyak memikirkan tentang masa depan kita. Segalanya telah menjadi ketentuan Allah. Namun, tanpa usaha daripada manusia itu sendiri, Allah tak akan mengubahnya kepada sesuatu yang lebih baik. 

Sebagai contoh, aku sebagai remaja (awal dewasa.. kekeke) mesti sudah terfikirkan masa depan untuk berumahtangga. Apatah lagi apabila rakan-rakan yang lain sudah berumahtangga semuanya. Bukannya cemburu dengan mereka, tetapi hanya perlu menunggu. Sabar. Ya, itulah perkataan yang paling tepat. 

Tumblr > AO

Allah pernah berkata, "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat..."

Pernah tak kita terasa kita ni adalah seorang perempuan yang baik? Yang cukup baik hingga boleh dikategorikan sebagai perempuan seperti yang Allah sebutkan itu?

Dan pernah tak kita terasa kita ni berdosa? Berdosa sehingga kita mungkin telah menjadi antara mereka yang dikategorikan sebagai perempuan dan lelaki jahat? Macam mana nak tahu yang diri kita ni dah cukup berdosa?

Ianya apabila kau mula melakukan sesuatu yang keji, kau dapat rasakan yang ianya berdosa. Sesuatu yang Allah pasti tidak redha. Contohnya, di saat kita terleka, kita mungkin tertinggal satu waktu solat fardhu. Jika kita masih belum sedar akan dosa yang telah dilakukan itu, kita akan terus leka dan alpa. Tidak berusaha untuk mengqada' kembali solat tersebut. Walaubagaimanapun, jika telah dirasakan diri ini sudah cukup berdosa hingga rasanya seperti tak layak untuk tinggal di muka bumi Allah ini, maka bertaubatlah.

Taubat, satu-satunya jalan kembali yang Allah redha. Dihapuskan dosa-dosa yang lalu dengan syarat kita meninggalkan terus perkara maksiat/keji yang pernah dilakukan dahulu kala. Serta beristiqamah dalam melakukan ibadah agar amalan itu dapat menjadi 'guide' agar terus pada landasan Islam.

Kesimpulannya, manusia mana yang tidak pernah berdosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Namun, dibuka ruang pengampunan bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali pada jalan yang benar. Semoga Allah mengetuk pintu hati aku ini untuk terus beristiqamah pada jalanNya. InsyaAllah.


p/s: hanya contengan minda dan peringatan untuk diri sendiri sahaja.