She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Monday, June 24, 2013

Jerebu lagi

Assalamualaikum :)

Jerebu datang lagi.
Satu lagi bentuk ujian Allah kepada hamba-hambaNya.
Astaghfirullahal'azim.

Jerebu kali ni bukan yang pertama kali dah.
Setakat yang ingat dan direkodkan, mungkin yang ketiga atau keempat sepanjang bermastautin kat sini
Yang sebelum ni, jerebu tahun lepas teruk jugak, tapi takde sampai kena ambil cuti sehari.
Rasanya takde cuti jerebu kot tahun lepas walaupun dua kali dilanda jerebu which were bulan June and August.
Semuanya dipuncakan dari pembakaran terbuka dari Sumatera, dan kebetulan tengah musim monsoon barat daya. Memang angin bergerak dari Sumatera menghala ke Pantai Barat Semenanjung (terasa macam pembaca ramalan cuaca pulak dah).

Diharapnya jerebu ni cepat hilang. :)

Nota-tak-berapa-nak-kaki : Angin monsoon barat daya berasal Australia ke Sumatera ke Filipina. Ini kerana tekanan udara di benua Australia lebih tinggi (berdasarkan apa yg dipelajari masa Geografi PMR dulu). Biasanya berlaku sepanjang bulan 3-7..
Kalau monsoon timur laut pula, sama juga prinsip macam monsoon barat daya. Cumanya, angin datang dari negara China terus ke Malaysia (Semenanjung & Sabah Sarawak) dan beralih arah ke Australia. Ingat, Malaysia kan berada di garisan Khatulistiwa :)