She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Wednesday, March 13, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA 2013

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, akhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan 2013 pada peringkat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah berakhir semalam. Terima kasih dan tahniah bagi mereka semua yang telah menjayakan acara terutamanya rakan-rakan batch ambilan Januari 2011 yang menjadi penganjur pada tahun ini. Tahniah! :D

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013
Laksamana a.k.a. Rumah Biru
Tahniah kerana berjaya menjadi JUARA keseluruhan KOT 2013!
Syahbandar a.k.a. Rumah Kuning
Tahniah juga kerana menjadi NAIB JUARA keseluruhan KOT 2013!
Temenggung a.k.a. Rumah Hijau
Sekalung tahniah kepada warga Temenggung kerana masih mendapat tempat ketiga.
At least, bukan akhir kan :p
Takpe la.. Bagi peluang untuk rumah lain jadi juara pulak kali ni..
Mata takde beza banyak sangat pun..
2 mata sahaja :)
Tahniah! :D
Bendahara ak.a. Rumah Merah
Tahniah :)
Paling menyerlah rumahnya!
Ditambah dgn 210 officers berbaju merah berlegar-legar di tengah padang. hehe
Semoga bertemu lagi pada KOT tahun hadapan. Nanti adik-adik yang akan organise. Good luck lah ye.. :)