She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Thursday, December 6, 2012

Homemade laksam


Alhamdulillah, tengah hari ni dah berjaya masak lagi satu makanan iaitu laksam. Kalau kat Terengganu ni kita panggil laksam, tapi negeri lain pun panggil macam ni jugak ke? Entahlah. 

Since laksam ni adik beradik je dengan si laksa tu, so cara persediaan dia pun hampir-hampir sama jugak. Cuma yang bezanya, laksam ni kena buat sendiri, kukus dan gulung. Kalau laksa, just beli mee laksa yang dah siap atau boleh beli laksa kering in which kita kena celur dulu sekejap sebab nak bagi mee tu lembut. Dari segi kuah pulak, ada dua jenis. Satu kuah masak, satu lagi kuah mentah. Kuah masak, kena masak la. and kuah mentah tak perlu masak. Saya prefer kuah mentah(putih) berbanding kuah masak(merah). Kuah masak lebih sedap kalau makan dengan laksa. Kalau orang Terengganu, diorang akan masak kuah tu, kata mak sebab nak bagi tahan lama, tak cepat basi. Kalau dari segi sayur pulak, macam-macam jenis sayur boleh guna. Pada kebiasaannya, kita guna taugeh, ulam-ulaman seperti pucuk gajus, kangkung, kacang panjang, daun pudina, daun kemangin, bunga kantan, pucuk ulam raja, daun kesum dan macam-macam jenis daun mengikut selera. Certain sayur boleh petik dari belakang rumah je. hehe.. Jimat ongkosnya. huhu

Laksam kita memang ohsem! :D

Clockwise: Pucuk gajus, daun kemangin, kacang panjang, kangkung, ulam raja dan daun kesum.
Source : Uncle Google 

Clockwise : Adunan mee laksam, laksam yang dikukus, laksam yang dah siap kukus, kuah mentah. 


Malangnya, tak sempat nak snap gambar laksam yang dah ready untuk dimakan. Bateri kamera pun dah habis, bateri handphone pun dah takde. Nasib! Pinjam orang punye lah kejap. hehe

Lebih kurang macam ni lah rupanya. Hehe 

Selamat menjamu selera! :D

P/S: Dalam proses sediakan kuah laksa penang dan nasi kerabu. Dua-dua best sangat2 ni! :)