She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, January 14, 2012

Forum Agama - Akhlak: Bukan Sekadar Rupa & Aurat @ IPBMM

Assalamualaikum wbt =)

Baru je balik dari satu forum yang berlangsung di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu yang hanyalah bersebelahan sahaja dengan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa ni. Dimaklumkan bahawa ramai juga guru-guru pelatih dari IPG Kampus Teknik dan IPG Kampus Islam, Bangi. 

Antara ahli-ahli panel ialah Dr. Rubiah K. Hamzah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid iaitu ikon terkenal sekarang yang sering muncul dalam program dakwah di tv dn juga seorang finalis Imam Muda iaitu Imam Muda Nuri Ali Arbain. 

Seronok mendengar para ahli panel berceloteh terutamanya Ustaz Don yang kelihatan teruja untuk berkongsi ilmu di dada. Seringkali ketidakcukupan masa, namun beliau mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan apa yang sempat disampaikan. Bagi Dr. Rubiah pula, sebagai seorang ahli motivasi terkenal dan juga 'Penasihat' dalam rancangan Ustazah Pilihan, beliau telah memberikan input-input yang sangat berguna. Beliau memenuhkan masa yang diberikan dengan melontarkan ucapan dan nasihat yang begitu bersemangat, yang mana apabila kita mendengarnya, terasa ingin bangkit dan cuba mnegubah akhlah masing-masing. SYABAS diucapkan. Bagi Imam Muda Nuri pula, beliau telah menyampaikan ucapannya dengan campuran loghat Terengganu walaupun beliau adalah berasal dari Kuantan, Pahang. Gaya dan cara yang beliau gunakan iaitu pendekatan yang lebih kepada remaja-remaja masa kini. 

Bagi saya, amat terasa untuk menyambung kembali forum ini (jika berpeluang) kerana topiknya yang selalu diperkatakan tetapi mungkin ada yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Semoga dengan menghadiri majlis-majlisilmu sebegini, saya amatlah berharap agar dapat mengubah akhlak diri menjadi muslimah yang lebih baik dan paling penting ialah mampu memikul tanggungjawab kerana kita semua sedang memegang jawatan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. We deserve to get what we have done. InsyaAllah :)