Artikel ni saya kopipes dari laman web ilmi-islam[dot]com. Bacaan yang sangat menarik dan memang betul..
Baiklah..untuk peringatan diri sendiri dan orang lain juga
*****
tak malu ke?
bila solat, asyik nak
cepat-cepat je. kalau cepat-cepat pergi solat bila masuk waktu tak apa, ni
cepat-cepat nak habis. kadang2 langsung tak bersurah lazim. sunat je katanya,
yang penting Fatihah. huu, nak laju punya pasal. eh tapi, bila ada masalah,
nangis-nangis mintak Allah tolong cepat-cepat, laju-laju..
tak malu ke?
bila habis solat,
asalamualaikum kanan asalamualaikum kiri, terus straight angkat
tangan berdoa. tak mau laa dzikir-dzikir sekejap. istighfar ke, subhanallah ke,
alhamdulillah ke.. ayatul qursi apatah lagi. amboi..part doa laju je nak. part
memuji-muji Allah nak skip. bodek orang reti, kalau nak apa-apa.
bodek Allah aik, tak de pulak..
tak malu ke?
bila berdoa tu..bukan
main laju. nasib baik la baca al fatihah dulu. itu pun kalau baca. lepastu, masa
doa tu, tak ada lah nak feeling-feeling, nak bersungguh-sungguh,
tak ada.. mengalir air mata apatah lagi, lupakan je lah. aktiviti lepas solat
kejap lagi ni dah terbayang-bayang dari tadi dah dekat mata ni ha. doa asyik
nak cepat. nak ringkas simple dan padat. tapi, nak Allah bagi
cepat-cepat..
tak malu ke?
bila dalam hati,
menjerit-jerit claim dengan Allah, bilanya Dia nak makbulkan
doa. kan dah doa hari-hari. Padahal masa mintak doa tu, tak mau la feeling lebih
sikit, takmau la emo lebih sikit, hadir kan rasa hamba kerdil
dalam diri tu. ni nak mintak merayu ke, nak apa?
tak malu ke?
bila hak Allah tak
penuhi, tapi hak sendiri, mintak Allah penuhi. cepat pulak tu. bukan main demand
nya.
tak malu ke?
bila lengah-lengah
menuju kepada Allah, distraction sana, distraction sini.
tangguh sana tangguh sini. tapi nak Allah dengar dan respon pada diri sendiri
setiap masa..
tak malu ke?
“dan carilah
pertolongan (dari Allah) dengan jalan SABAR dan SOLAT.”
al baqarah 2:153
kalau apply apa-apa
dengan jabatan mana-mana, mesti ada prosedurnya. ada adab dan budi bicaranya.
ciri-ciri kelayakan kena penuh, dokumen untuk permohonan kena bawak semua. kena
datang di tempat yang betul, jumpa orang yang betul, dan macam-macam lagi lah.
inikan pulak mintak
dengan ALLAH, mestilah ada prosedur nya, ada adab dan budi bicaranya.
kena SABAR. bukan rushing,
demand lebih. sabar tunggu perancangan Allah, sangka baik. bukan
tamak, tak bleh tunggu lama sikit. kena berlapang dada.
sabar – menahan diri.
sambil berdoa, sambil menahan diri, maknanya sambil menjaga hati, lisan dan
anggota dari apa2 yang Allah tak suka. bukannya lepas sembahyang mintak doa,
tapi lepastu pergi buat benda lagha. mana boleh. kena SABAR. kena SOLAT. cukup 5
waktu dah memang wajib, tu benda basic kot. kena awal waktu.
eh ini pun, patutnya benda basic. bukan time nak
doa mintak benda-benda je baru nak solat di awal waktu. yang penting, SOLAT tu
kena khusyuk. sambil rebahkan lutut dan tangan, sambil letakkan dahi ke lantai,
sambil tundukkan hati. sedar diri. hamba.
lepas tu barulah boleh
nak minta tolong dengan Allah. bermohonlah. list kan lah
panjang mana pun, minta lah yang logik ke yang tak logik ke, ikut sukalah.
kerna Allah tu Maha Perkasa. dengan keperkasaanNYA pulak, Dia Maha Mendengar.
dan Maha Mengabulkan. minta lah nak minta apa pun..mana mungkin hamba yang
SABAR dan SOLAT, Dia tak tolong? mana mungkin, Allah yang Maha Baik tu lokek
macam tu.
jadi, SABAR
lah..sekuat hati. dan SOLAT lah, sepenuh hati.
kalau tak, eish. tak malu
ke?
yang tulis ni pun,
kalau tulis, tapi sendiri tak mau ikut. tak malu ke?
Wahai orang-orang
yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya.