Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini
dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan
limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati
ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah
pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah
permintaan ini.