Elective 1 and 2 are according to your respective IPGs.. IPGKBA is on 29th October and 7th November 2012.
She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.
Sunday, September 30, 2012
Saturday, September 22, 2012
Tak malu ke?
Artikel ni saya kopipes dari laman web ilmi-islam[dot]com. Bacaan yang sangat menarik dan memang betul..
Baiklah..untuk peringatan diri sendiri dan orang lain juga
*****
tak malu ke?
bila solat, asyik nak
cepat-cepat je. kalau cepat-cepat pergi solat bila masuk waktu tak apa, ni
cepat-cepat nak habis. kadang2 langsung tak bersurah lazim. sunat je katanya,
yang penting Fatihah. huu, nak laju punya pasal. eh tapi, bila ada masalah,
nangis-nangis mintak Allah tolong cepat-cepat, laju-laju..
tak malu ke?
bila habis solat,
asalamualaikum kanan asalamualaikum kiri, terus straight angkat
tangan berdoa. tak mau laa dzikir-dzikir sekejap. istighfar ke, subhanallah ke,
alhamdulillah ke.. ayatul qursi apatah lagi. amboi..part doa laju je nak. part
memuji-muji Allah nak skip. bodek orang reti, kalau nak apa-apa.
bodek Allah aik, tak de pulak..
tak malu ke?
bila berdoa tu..bukan
main laju. nasib baik la baca al fatihah dulu. itu pun kalau baca. lepastu, masa
doa tu, tak ada lah nak feeling-feeling, nak bersungguh-sungguh,
tak ada.. mengalir air mata apatah lagi, lupakan je lah. aktiviti lepas solat
kejap lagi ni dah terbayang-bayang dari tadi dah dekat mata ni ha. doa asyik
nak cepat. nak ringkas simple dan padat. tapi, nak Allah bagi
cepat-cepat..
tak malu ke?
bila dalam hati,
menjerit-jerit claim dengan Allah, bilanya Dia nak makbulkan
doa. kan dah doa hari-hari. Padahal masa mintak doa tu, tak mau la feeling lebih
sikit, takmau la emo lebih sikit, hadir kan rasa hamba kerdil
dalam diri tu. ni nak mintak merayu ke, nak apa?
tak malu ke?
bila hak Allah tak
penuhi, tapi hak sendiri, mintak Allah penuhi. cepat pulak tu. bukan main demand
nya.
tak malu ke?
bila lengah-lengah
menuju kepada Allah, distraction sana, distraction sini.
tangguh sana tangguh sini. tapi nak Allah dengar dan respon pada diri sendiri
setiap masa..
tak malu ke?
“dan carilah
pertolongan (dari Allah) dengan jalan SABAR dan SOLAT.”
al baqarah 2:153
kalau apply apa-apa
dengan jabatan mana-mana, mesti ada prosedurnya. ada adab dan budi bicaranya.
ciri-ciri kelayakan kena penuh, dokumen untuk permohonan kena bawak semua. kena
datang di tempat yang betul, jumpa orang yang betul, dan macam-macam lagi lah.
inikan pulak mintak
dengan ALLAH, mestilah ada prosedur nya, ada adab dan budi bicaranya.
kena SABAR. bukan rushing,
demand lebih. sabar tunggu perancangan Allah, sangka baik. bukan
tamak, tak bleh tunggu lama sikit. kena berlapang dada.
sabar – menahan diri.
sambil berdoa, sambil menahan diri, maknanya sambil menjaga hati, lisan dan
anggota dari apa2 yang Allah tak suka. bukannya lepas sembahyang mintak doa,
tapi lepastu pergi buat benda lagha. mana boleh. kena SABAR. kena SOLAT. cukup 5
waktu dah memang wajib, tu benda basic kot. kena awal waktu.
eh ini pun, patutnya benda basic. bukan time nak
doa mintak benda-benda je baru nak solat di awal waktu. yang penting, SOLAT tu
kena khusyuk. sambil rebahkan lutut dan tangan, sambil letakkan dahi ke lantai,
sambil tundukkan hati. sedar diri. hamba.
lepas tu barulah boleh
nak minta tolong dengan Allah. bermohonlah. list kan lah
panjang mana pun, minta lah yang logik ke yang tak logik ke, ikut sukalah.
kerna Allah tu Maha Perkasa. dengan keperkasaanNYA pulak, Dia Maha Mendengar.
dan Maha Mengabulkan. minta lah nak minta apa pun..mana mungkin hamba yang
SABAR dan SOLAT, Dia tak tolong? mana mungkin, Allah yang Maha Baik tu lokek
macam tu.
jadi, SABAR
lah..sekuat hati. dan SOLAT lah, sepenuh hati.
kalau tak, eish. tak malu
ke?
yang tulis ni pun,
kalau tulis, tapi sendiri tak mau ikut. tak malu ke?
Wahai orang-orang
yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya.
Friday, September 21, 2012
Hati
Betul ke orang yang lembut hati ni, mudah menangis? Dan orang yang keras hati ni, susah nak menangis?
Tapi bagaimana kita nak berpura-pura menjatuhkan airmata sedangkan hati kita tidak sayu?
Dan bagaimana pula kita dapat menahan airmata apabila hati kita rasa sesuatu?
Rasanya, kita memang tak mampu nak tahan airmata daripada keluar.. Kalau mampu pun, mampu keringkan je.. Kalau hati dah terdetik, biar perkara yang remeh pun, mampu juga mengundang airmata.
Namun, kalau tak terasa sayu, sedih, atau tak terkesan di hati, mana mungkin kita dapat menangis? Menangis olok-olok je? Mampu ke nak keluarkan airmata? Mungkin pelakon-pelakong yang hebat mampu lakukan.
Hakikatnya, kita ni memang mudah dilabel sebagai itu dan ini. Kalau asyik menangis, dikatanya pula "Lembut hati sangat, kejap-kejap touching. Memang perempuan sangat". Bila kita tak menangis pula (ketika hampir semua orang menangis), dikatanya pula hati batu. Tak pandai menangis. Macam-macam. Dunia.
Tuesday, September 18, 2012
Saturday, September 15, 2012
Wednesday, September 12, 2012
Jaga Dia, Jaga Kami
Tuhan ,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya ,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya ,
Tolong , Jagakan dia untukku . .
Tuhan ,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia ,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia ,
Tapi dalam hati , Hanya KAU yang tahu , seberapa dekat dia di hati . .
Tuhan ,
Berikanlah dia kesihatan ,
Kurniakan lah dia kegembiraan ,
Agar aku juga turut senang melihat nya kelak , Andai KAU izinkan .
Tuhan ,
Dalam hati , hanya KAU yang mengerti ,
Rasa sakit , rasa rindu ,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . .
Tuhan ,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati ,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal . .
Tuhan ,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia ,
Kau pertemukanlah mereka segera , Dan bukalah mata hati ku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .
Tuhan ,
Begitu sukar menahan perasaan ini ,
Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan ,
Sesak setiap kali memikirkan nya ,
Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU
Tuhan ,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku ,
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . .
Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya . KAU permudahkanlah urusannya , agar dia disenangi kelak , agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga , agama , dan bangsa , agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya .
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung .
Hanya SATU pintaku ,
JAGAKAN DIA UNTUKKU ,
YA ALLAH maha Pencipta Perasaan .
Aamiin .
Source : we share the same feeling
Sunday, September 9, 2012
Challenges build our inner strength
Found this quote from the Internet.
I bet it is 100% true, indeed!
Make your heart, mind and soul stronger than what others expect from you.
Those challenges *depends on what challenges are you facing in the previous, now and in the future* make us stronger.
Have faith in Allah :)
Friday, September 7, 2012
Saturday, September 1, 2012
Doa Rabitah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini
dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan
limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati
ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah
pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah
permintaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)