aSSaLaMuaLaiKuM wBt =)
Ini adalah sambungan 40 nasihat Saidina Ali. Sebahagiannya telah dipostkan dalam entry sebelum ini.. Ini adalah baki lagi 20 nasihat. Semoga kita semua cuba memanfaatkan nasihat2 ini dan mendapat manfaat daripadanya.. InsyaAllah =)
...sambungan...
21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya.
23. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran
28. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu perhambaan
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Semoga kita mendapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya dan sama2 kita amalkan :)