She makes a wish on every single star she sees, somewhere deep down she still believes.

Saturday, June 4, 2011

Doa Rejab :)

Assalamualaikum wbt =)




"Ya Allah, berkatilah
kami pada bulan Rejab dan bulan
Sya'aban serta sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan
Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah
Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut
disembah kecuali Engkau yang mencipta
aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam
genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian
(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang engkau
berikan kepadaku dan mengakui dosa-
dosaku. Kerana itu aku memohon
keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada
yang dapat mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya-Allah."

Motivasi Sikit

Assalamualaikum wbt =)


Kali nie, nak cakap pasal motivasi pulak sikit... Apa pendapat korang semua tentang M.O.T.I.V.A.S.I. ?



















Menurut Cikgu Halijah Mahmud (http://cikgujah09.blogspot.com/2009/03/apa-itu-motivasi.html), motivasi adalah :


"Persaingan yang sihat dapat menjadi motivasi yang kuat dalam belajar. Namun memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan ketika belajar akan menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan semakin giat belajar, tetapi akan berusaha dengan berbagai-bagai cara untuk mengalahkan pelajar lain bagi mendapatkan status. Membangun sikap suka bersaing dengan pelajar-pelajar lain secara sendirian akan menimbulkan motivasi dan persaingan yang sihat dan berkesan ketika belajar.
Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi diri ketika belajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai sikap seperti ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang berlatar-belakangkan tingkah laku mereka itu. Pembentukan sistem nilai-nilai yang menjadi tanggung jawab guru pada setiap pelajar, sehingga pelajar-pelajar memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri adalah sangat penting. Bagi pelajar-pelajar yang telah memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri, guru hanya perlu memberikan pelayanan yang sesuai dengan tuntutan aktiviti belajar mereka.
 "

Al-kisahnya, tadi baru je bagi motivasi sikit kat adik2 sebab nampak diorang macam tak bersemangat je nak belajar.. nampak macam malas je nak study.. hmm..so, apalagi.. sesi ceramah or kaunseling free tadi dah berlangsung kat umah tadi.. bermula daru ruang tamu hingga lah ke dapur pastu ke ruang tamu dapur pulak.. tapi nampaknya, macam tak bagi kesan pape pon.. diorang boleh jer buat dekk je.. haihh.. geram betol rasenye.. siap dah pegang batang penyapu.. tapi takde lah nak pukul kan.. diorang pun dah besar.. dah boleh fikir sendiri.. 

tapi yang jadi masalahnya, yang membuatkan aku bimbang sesangat ni, (bukan aku je, mak ak pon sekali), diorang tak ade berusaha langsung pun., ape diorang punye main target pun tak tahu.. aku sebagai bakal guru ni rasa sedikit bertanggungjawab untuk membentuk diorang tu... thas why la yang berceramah sakan tadi.. kalau tak, takde maknanya nak membazir ayak liur je..wat rosak pharynx ngan larynx e..adoii

tapi hopefully, apa yang aku ngan mak aku (bertindak sebagai assistant) cakap/ceramah/'beleber'/ nagging/whatever tadi, bukanlah untuk merendah-rendahkan diorang, mengurangkan semangat or give negative feedback untuk diorang.. tapi kami cuba nak bagi semangat so that dioramampu berfikir tentang masa depan diorang.. apa yang mereka nak buat lepas tamat sekolah nanti? takkan la nak duk saje2 je kan? or nak tunggu orang masuk meminang terus?? NO WAY lah.. memang tak dapat r.. cuba survive untuk hidup sendiri dulu although kita ni perempuan okeh?

So, hopefully(kali ke-2), diorang cuba memanfaatkan apa yang diperkatakan tadi..semoga diorang mampu berubah.. and nasihat ni bukan untuk diorang sahaja, malahan untuk sendiri jugak and orang2 yang membaca nie..

Untuk adik2ku :




sekian, wallahua'lam..

Wednesday, June 1, 2011

Hari ke lima

Assalamualaikum wbt =)


Hmm.. hari nie ek? cam takde keje je.. hehe.. keje tu ade je sebenarnye.. cuma m.a.l.a.s. sebabnya setiap masa kot keje, keje and wat keje.. huhu..Semalam dah angkat pasir ngan bata.. wahh, macam buruh kasar lak eh..huhu.. its ok.. nevermind.. wat kuar peluh malam2.. hihi.. terbalik pulak.. owang laen wat kuar peluh siang2 hari.. nie kita wat waktu malam.. sebenarnya siang pun dah kuar peluh dah.. malam ni extra la sikit..huhu

Agi satu, dah start dah movie marathon.. 


cuma waktu dia memang tak sesuai la sikit.. memang betul2 kena tunggu tengah malam in which orang lain semua dah tidur.. so, bila tengok movie tu tak kacau orang dah.. masalahnya, nak tunggu waktu tu lah yang jadi problem tu.. saya pon dah ngantuk masa tu.. hmm.. tapi apa nak buat.. berazam nak habiskan jugak citer Personal Preference tu dlm masa yang terdekat nie.. dari cuti raya cina hari tu ag amek cite drp Tha.. tp xtgok2 pun lagi.. takde masa.. sibuk wehh.. nak tengok kat kolej pun xde masa sangat.. tak best kalau time tu nak exam, kena wat revision, assignments bertimbun2.. memang tak aman la nak tengok cerita.. ingatkan bila balik rumah, boleh la tengok cerita aman sikit.. nak gelak2 ke.. sebab assignments semua benda tu kan dah takde.. next sem r pulak kalau ade pun..hehe.. so, hopefully in this two-days-time, I can finish the whole drama.. hmm..hopefully.. coz lam satu marathon, boleh tengok 4 episodes je.. klau 16 episodes, kena amek 3 hari lagi.. tapi nak kena 'pack'kan nih.. nak tengok in two-days time.. yeah, personal preference!! kena habiskan.. 

masak lunch lambat sikit hari ni sebab kekurangan bahan..so, kena tunggu van datang dulu dalam pukul 12.30 tgah hari, baru la boleh masak.. tapi masa ngah wat entry ni, belum masak lagi.. mak pun baru je balik dari membeli..hehehe.. so, nak kena turun dah ni... masak jomm!! ;)